15 Mac 2024-Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) melakar kejayaan apabila merangkul satu kategori Anugerah Apresiasi Khas 2024 - Bandar Bahagia Mesra Usia sempena Majlis Sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia Kebangsaan Tahun 2024.
Dengan kejayaan itu, MBI sekali gus menjadi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tunggal di negeri Perak menerima pengiktirafan berkenaan di bawah inisiatif Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan.
Majlis penyampaian anugerah tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Tuan Nga Kor Ming dan turut diiringi oleh Ketua Pengarah PLANMalaysia, YBrs. TPr Dr. Alias bin Rameli.
Pengarah Perancangan Bandaraya MBI, TPr Tuan Haji Zainal Bin Abdul Hamid selaku wakil Datuk Bandar bersama Penolong Pengarah Perancangan Bandaraya, Puan Anis Zulaikha Binti Ahmad Kamal telah menerima anugerah berkenaan sekali gus membawa pulang sijil.
Semoga anugerah yang diperolehi tersebut akan menjadi pemangkin kearah menjadikan Ipoh sebagai sebuah Bandar Bestari Sejahtera.