Aktiviti & Berita

TAKLIMAT PENEMPATAN SEMULA PENIAGA / PENJAJA DI SEKITAR BANDAR MERU RAYA, IPOH

4 Oktober 2023 – Satu sesi libat urus (town hall) bersama peniaga / penjaja di sekitar Bandar Meru Raya telah diadakan di Dewan Komuniti KRT Taman Meru 2C, Ipoh pada jam 8.30 malam dengan kerjasama Persatuan Penjaja Kecil Bandar Meru Raya (PPKBMR). Sesi libat urus ini diadakan sempena Taklimat Penempatan Semula Peniaga / Penjaja disekitar Bandar Meru Raya yang akan ditempatkan di Jalan Meru Bistari A1 dan Jalan Meru Bistari A10.

Sesi ini dipengerusikan oleh Tuan Setiausaha Bandaraya, En. Ahmad Munir bin Ishak. Turut dihadiri Ahli Majlis kawasan iaitu YBhg. Clr. Dato’ Azizul Kama bin Abd Aziz dan Ahli Majlis Jawatankuasa Penasihat Pelesenan, Penguatkuasaan, Kawalan Perniagaan dan Penjaja Kecil iaitu YBhg. Clr. Datuk Ahmad Hariri bin Haji Kamarudin dan YBhg. Clr. En. Ahmad Khair Faizal bin Yahaya. Pengarah Kesihatan Bandaraya En. Raman a/l Maran, Pengarah Kawalan Pembangunan Bandaraya En. Muhammad Syahril bin Sapiran, Pengarah Penguatkuasaan Bandaraya En. Ahmad Zaiyadi bin Sudin, Pengarah Kerja dan Bangunan Ir. Ts. En. Arif bin Mohd Zainudin dan pegawai-pegawai wakil Jabatan dari Majlis Bandaraya Ipoh turut hadir bersama. Seramai 57 peniaga / penjaja hadir disesi town hall ini.

Taklimat pelan lay out Penempatan Semula disampaikan oleh Pengarah Kawalan Pembangunan dan taklimat konsep gerai My Kiosk disampaikan oleh Pengarah Kerja dan Bangunan. Selesai sesi taklimat sesi perbincangan diantara pihak Majlis dan peniaga diadakan. Rata-rata peniaga bersetuju dengan cadangan penempatan semula dan pihak MBI akan meneruskan langkah seterusnya. Projek penempatan semula peniaga adalah salah satu inisiatif MBI dalam penyusunan penjaja / peniaga secara tersusun, sistematik dan juga membantu peniaga / penjaja dapat berniaga secara sah / berlesen.

Gerai My Kiosk pula merupakan sebuah inisiatif sepertimana yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri dalam Ucapan Belanjawan Tahun 2023 pada 24 Februari 2023 yang bertemakan ‘Membangun Malaysia Madani: YAB Perdana Menteri telah memberi penekanan terhadap perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PKMS) tempatan untuk kembali berdaya saing dan meningkatkan keupayaan perniagaan mereka melalui penyediaan kemudahan penjaja, gerai dan warung yang bersih dan indah. Bagi menyokong hasrat ini, Kerajaan menyediakan RM 50 juta bagi membina baharu dan menaik taraf melibatkan 3,000 gerai dan kiosk sebagai kemudahan penjaja kecil berniaga di lokasi tumpuan seluruh negara.

385082738 696413062511217 5978256367968836104 N
385088555 696413009177889 8147458742993116328 N
385092092 696413132511210 7973116390199369100 N
385769174 696413092511214 1338147815592063082 N
385778312 696413175844539 1177575077944632786 N
386081212 696412965844560 1770156467011826091 N
386359379 696413152511208 6487446654662173658 N
386364709 696413039177886 1147538408461380840 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 17/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7027160