23 Februari 2025- Selepas Taman Rekreasi Madani Woodlands I dirasmikan tahun lalu, kini sebuah lagi taman rekreasi di Bandar Baru Tambun telah dibuka untuk orang awam.
Dikenali sebagai Taman Rekreasi Madani Woodlands II, majlis perasmian pembukaannya yang berlangsung pagi tadi, telah disempurnakan oleh YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Hadir sama pada acara berkenaan YB Jenny Choy Tsi Jen, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, YB Tuan Loh Sze Yee, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak dan Y. Bhg, Dato’ Rumaizi bin Baharin@ Md Daud, Datuk Bandar Ipoh.
Pembinaan Taman Rekreasi Madani Woodlands II ini, dilaksanakan hasil sumbangan daripada syarikat Total Investment Sdn Bhd dengan kos yang terlibat adalah sebanyak RM500,000.
Antara kemudahan yang terdapat di taman ini ialah, trek larian, gelangang bola keranjang dan kemudahan tempat berehat.
Dalam majlis perasmian berkenaan, Menteri KPKT turut mengumumkan peruntukkan sebanyak RM10 Juta Ringgit, disalurkan kepada Kerajaan Negeri Perak bagi pembangunan 20 lagi Taman Rekreasi Madani bagi tahun ini.
Diharapkan dengan adanya kemudahan seperti ini, ia membolehkan amalan dan budaya hidup sihat dapat diterapkan untuk semua golongan dari kanak-kanak hingga orang tua.