4 Februari 2025- Bagi memantapkan lagi penguasaan serta pengetahuan anggota Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sebagai pengacara dan penyampaian lebih versatile bagi sesuatu Majlis, Unit Komunikasi Strategik dengan kerjasama Unit Latihan MBI telah mengambil inisatif menganjurkan Bengkel Pengacaraan dan Penyampai Radio Tv MBI.
Bengkel yang berlangsung selama tiga hari bermula 3 Februari itu telah melibatkan penyertaan seramai 30 anggota MBI dari pelbagai jabatan.
Majlis perasmian bengkel berkenaan telah disempurnakan oleh Tuan Ahmad Munir Bin Ishak, Setiausaha Bandaraya.
Hadir sama pada program berkenaan Tuan Abdul Halim bin Saad, Pengarah Kanan - Pentadbiran & Operasi MBI.
Antara penceramah undangan yang dijemput pada bengkel ini adalah Encik Tamby Pillai bin Karthirgamer (KT Pillai), Encik Fauzi bin Ramli dan Puan Suriani binti Ghazali.
Penganjuran program ini diharap menjadi platform yang terbaik untuk para peserta sekali gus dapat membina horizon baru dalam bidang pengacaraan.