Aktiviti & Berita

VANDALISME TAMAN REKREASI SELENGGARAAN MBI

28 Februari 2024- Kecurian bumbung pondok di Taman DR Seenivasagam akibat vandalisme walaupun kerap dibaiki dan diganti oleh Majlis Bandaraya Ipoh telah berulang kembali.

Menurut Tuan Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya, kemudahan ini disediakan bagi memberi keselesaan kepada pengunjung kawasan tersebut untuk bersantai di taman tersebut.
MBI terpaksa menanggung kerugian untuk menggantikan semula kecurian berkenaan.

Kemudahan berkenaan disediakan untuk keselesaan wargakota Ipoh dan tidak sepatutnya dicuri.

Berikutan itu, MBI akan menugaskan anggota penguatkuasa berpakaian biasa untuk menjalankan rondaan di sekitar kawasan tersebut bagi memastikan kejadian sama tidak berulang.

Wargakota Ipoh diharap dapat memberikan kerjasama untuk menjaga kemudahan yang disediakan serta memaklumkan kepada MBI melalui talian 05-2551515 atau whatsapp ke 019-5503083 jika melihat vandalisme seumpama ini berlaku di taman rekreasi selenggaraan MBI.

429803205 780411204111402 356311536090051761 N
429847571 780411227444733 1595169225219429296 N
430087022 780411210778068 7147625581908503696 N
mbir

Layari MBI Portal Radio  dan MBI Radio Facebook untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 27/05/2025.
  • Jumlah Pelawat 5708361