6 Oktober 2023 - Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh telah mengetuai Delegasi Majlis Bandaraya Ipoh mengadakan lawatan rasmi ke Hatyai City Municipality pagi tadi.
Ia turut dihadiri oleh Encik Nik Muhamad Faqir bin Nik Zain, Konsul daripada Konsulat Jeneral Malaysia di Songkla, Ahli Majlis dan Ketua Jabatan Hatyai City Municpality, Encik Ahmad Kamal bin Zainal Abidin, Penolong Pengarah, Jabatan Pemilaian MBI, Encik Hafizsafwan bin Nor Hazlan, Ketua Unit Komunikasi Strategik dan Encik Mohd Syahrizal bin Azmi, Pegawai Perhubungan Awam MBI.
Assoc Prof Dr Wichai Kanchanasuwon, Timbalan Datuk Bandar Hatyai mewakili Datuk Bandar Hatyai telah mempengerusikan satu sesi mesyuarat berkenaan pelancongan dan bandar hijau.
Tujuan lawatan rasmi berkenaan adalah untuk mempromosikan Tahun Melawat Ipoh 2023 dan Tahun Melawat Perak 2024 serta berkongsi pengetahuan dan pengalaman berkaitan Bandar Pintar dan Bandar Hijau.
Semoga lawatan tersebut akan membantu mempromosikan pelancongan Ipoh dan negeri Perak serta mencapai hasrat MBI menjadi Bandaraya Bestari Sejahtera.