Aktiviti & Berita

YANG BERHORMAT DATO' SALBIAH BINTI MOHAMED MELAWAT PREMIS PERNIAGAAN DI KAWASAN LORONG BELAKANG PREMIS KEDAI MAKAN DI NO. 172-184,JALAN SULTAN IDRIS SHAH

  • Utama
  • Pusat Media
  • Aktiviti & Berita
  • YANG BERHORMAT DATO' SALBIAH BINTI MOHAMED MELAWAT PREMIS PERNIAGAAN DI KAWASAN LORONG BELAKANG PREMIS KEDAI MAKAN DI NO. 172-184,JALAN SULTAN IDRIS SHAH
Pada 24 September 2024 jam 8:30 malam, Yang Berhormat Dato' Salbiah binti Mohamed, Pengerusi Jawatankuasa Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Perak telah sudi meluangkan masa melawat beberapa premis perniagaan di kawasan lorong belakang premis kedai makan di No. 172-184,Jalan Sultan Idris Shah, Ipoh yang sedang popular sebagai lokasi gastronomi tumpuan pelancong.

Turut hadir mengiringi YB Dato' Salbiah, Tuan Setiausaha Bandaraya, Tuan Ahmad Munir bin Ishak , Ahli Majlis En. Lam Yew Tact, Ahli Majlis En Lee Tze Hoo, wakil jabatan dan wakil agensi seperti TEKUN, STeP, MARA, SMEcorp, Surahanjaya Koperasi dan SSM.

Tujuan lawatan tersebut adalah untuk meninjau dan membantu usahawan kecil yang menjalankan perniagaan didalam premis makanan dan kawasan sekitarnya. YB Dato Salbiah berkesempatan mendengar keluhan dan rintihan daripada wakil peniaga berkenaan. Kerajaan Negeri dengan kerjasama Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sedia membantu mempermudahkan urusan dan permasalahan yang dihadapi oleh peniaga berkenaan tanpa mengabaikan aspek kebersihan, keselamatan peniaga dan pengunjung yang berkunjung dikawasan berkenaan.

IMG 20240925 WA0029
IMG 20240925 WA0030
IMG 20240925 WA0031
IMG 20240925 WA0032
IMG 20240925 WA0033
IMG 20240925 WA0034
mbir

Layari MBI Portal Radio  dan MBI Radio Facebook untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 08/07/2025.
  • Jumlah Pelawat 5783861