Aktiviti & Berita

YB TUAN NGA KOR MING, MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN (KPKT), TELAH MENGADAKAN LAWATAN DI KAWASAN BENCANA BANJIR DI ARENA KEPAYANG PUTRA, DEKAT FAIR PARK IPOH

  • Utama
  • Pusat Media
  • Aktiviti & Berita
  • YB TUAN NGA KOR MING, MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN (KPKT), TELAH MENGADAKAN LAWATAN DI KAWASAN BENCANA BANJIR DI ARENA KEPAYANG PUTRA, DEKAT FAIR PARK IPOH
5 Disember 2024: YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), telah mengadakan lawatan di kawasan bencana banjir di Arena Kepayang Putra, dekat Fair Park Ipoh petang tadi.

Hadir sama pada program turun padang itu YB Jenny Choy Tsi Jen, ADUN Canning merangkap Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, Y.Bhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh dan Ir Dr. Asnor Muizan bin Dato' Hj. Ishak, Pengarah Jabatan Pengairan & Saliran Negeri Perak serta Ahli-Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Ipoh.

Dalam lawatan itu Menteri KPKT memaklumkan kementeriannya telah meluluskan peruntukan sejumlah RM108. 5 juta untuk projek tebatan banjir di Sungai Kinta, di Ipoh dan Kampar.

Menurut beliau lagi, peruntukan itu bertujuan mengelakkan kejadian banjir di Arena Kepayang Putra, dekat Fair Park berulang selain kerja-kerja menaik taraf ban di sepanjang Sungai Kinta dapat dilaksanakan sebagai pencegahan dan penyelesaian jangka panjang bagi menangani risiko banjir akibat perubahan iklim yang semakin serius.

Bersempena lawatan itu juga, beliau telah menyampaikan sumbangan tilam kepada penduduk yang terjejas dalam bencana itu.

Pada Ahad lalu, kawasan perumahan di Arena Kepayang Putra dilaporkan buat pertama kali dalam sejarah, dinaiki air banjir setinggi kira-kira 1.5 meter kesan limpahan Sungai Kinta.

IMG 20241205 WA0069
IMG 20241205 WA0070
IMG 20241205 WA0071
IMG 20241205 WA0072
IMG 20241205 WA0073
IMG 20241205 WA0074
IMG 20241205 WA0075
IMG 20241205 WA0076
IMG 20241205 WA0077
IMG 20241205 WA0078
IMG 20241205 WA0079
IMG 20241205 WA0080
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 14/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7022965