Aktiviti & Berita

YB. TUAN NGA KOR MING, MENTERI PERUMAHAN & KERAJAAN TEMPATAN (KPKT), TELAH MERASMIKAN PASAR SEMENTARA PASIR PINJI, IPOH

28 Julai 2024 - YB. Tuan Nga Kor Ming, Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT), telah merasmikan Pasar Sementara Pasir Pinji, Ipoh pagi tadi.

Hadir sama pada majlis berkenaan YB Jenny Choy Tsi Jen, ADUN Canning merangkap Timbalan Yang Dipertua Dewan Negeri Perak, YB Howard Lee Chuan How Ahli Parlimen Ipoh Timur, YB Goh See Hua, ADUN Pasir Pinji dan Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin @ Md Daud, Datuk Bandar Ipoh.

KPKT, bertanggungjawab dalam memajukan kawasan di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh Malaysia dengan menyalurkan pelbagai peruntukan demi memberi kemudahan dan keselesaan kepada wargakota Ipoh khususnya penduduk kawasan Pasir Pinji, Ipoh Perak.

Dalam konteks Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) khususnya pembangunan pasar awam hari ini, MBI telah menerima peruntukan berjumlah RM1,000,000 daripada KPKT bagi pelaksanaan projek pembinaan Pasar Sementara Pasir Pinji, Ipoh.

MBI telah melantik kontraktor iaitu Irama Madu Sdn Bhd dengan Harga kontrak berjumlah RM1,540,000.00 melalui perkongsian peruntukan pihak KPKT dengan MBI dimana lebihan berjumlah RM540,000.00 ditanggung oleh pihak MBI.

Pelaksanaan projek ini telah bermula pada 5 September 2023 dan siap pada 20 Mei 2024 yang lalu.

Dalam masa yang sama, perunding Pasar Baru Pasir Pinji telah dilantik iaitu Kuee Arkitek dan rekabentuk Pasar Awam Pasir Pinji yang baru telah dimuktamadkan. Kini proses tender bagi pelantikan kontraktor telah pun berjalan.

Seramai 26 penender telah menyertai lawatan tapak dan taklimat tender yang diadakan pada 19 Julai 2024 yang lalu. Kesemua penender hendaklah mengemukakan dokumen tender sebelum tarikh tutup iaitu pada 9 Ogos 2024.

Pemindahan peniaga ke Pasar Sementara telah dilaksanakan pada awal Julai 2024 dan projek pembinaan Pasar Baru Pasir Pinji dijangka bermula pada September 2024 dengan tempoh pelaksanaan 24 bulan yang dijangka siap pada September 2026.

Sebagai maklumat tambahan, Pasar Pasir Pinji telah berusia lebih daripada 50 tahun yang mana menepatkan 178 peniaga sedia ada dan rekabentuk dan keadaan pasar juga telah uzur dan daif.

Pembangunan Semula Pasar ini secara amnya, yang menyediakan 213 lot perniagaan dapat menyumbang kepada peningkatan sosio-ekonomi dan kualiti hidup masyarakat setempat.

Lot-lot perniagaan di Pasar Baru ini akan mengutamakan pelesen sedia ada disamping memberi peluang kepada permohonan baru bagi memenuhi ruang perniagaan.

Pembinaan Pasar Baru ini melibatkan peruntukan berjumlah RM14,000,000.00 yang akan disalurkan daripada Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan.

Projek Pembinaan Pasar Baru Pasir Pinji ini tidak hanya akan memenuhi keperluan harian penduduk Pasir Pinji tetapi juga menjadi titik tolak penting untuk memajukan ekonomi tempatan.

Dengan adanya pasar baru ini, diharapkan ia akan menjadi pusat aktiviti ekonomi dan sosial yang bermanfaat dan lebih selesa kepada setiap penduduk di sini.

Sokongan semua pihak, dari pihak kerajaan, pihak swasta, dan juga masyarakat setempat yang telah memberi sumbangan tenaga dan idea untuk membina pasar ini amat dihargai.

Pasar ini diharap tidak sekadar menjadi tempat untuk berjual beli, tetapi juga menjadi ruang komuniti yang memperkukuhkan keharmonian dan kebersamaan di antara penduduk Pasir Pinji serta memberi manfaat yang berkekalan kepada seluruh komuniti Pasir Pinji.

453064944 871797724972749 1182302049751476103 N
453076592 871797708306084 3503836552926289135 N
453077540 871797791639409 9215028440240886088 N
453086835 871797674972754 1363794446257651792 N
453187400 871797548306100 8796681880506244694 N
453191180 871797591639429 2763281513505005916 N
453219526 871797571639431 7412100012430941183 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 14/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7024522