7 Julai 2023 - YBhg. Dato' Mohd Zamri Bin Mat Zain, Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya telah mengadakan lawatan ke kawasan Kinta Riverwalk malam tadi.
Lawatan yang bermula jam 8.00 malam turut dihadiri Clr. Tuan Wong Kar Keat, Ketua WHIP Ahli Majlis MBI, Tuan Ahmad Munir Bin Ishak, Setiausaha Bandaraya, Tuan Zulkiflie Bin Jaafar Sidek, Pengarah Kanan (Perkhidmatan) dan Puan Hajah Saidatul Akma binti Jamaludin, Pengarah Kanan (Kewangan) MBI.