Aktiviti & Berita

1000 WARGAKOTA IPOH SERTAI IPOH CAR FREE DAY KE-57

18 Disember 2022 - Seramai 1000 wargakota Ipoh telah menyertai Ipoh Car Free Day kali ke-57 bertemakan Sambutan Hari Bandar Selamat pagi tadi.

Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh hadir menyempurnakan Pelepasan Kayuhan Bandar Selamat. Ia turut dihadiri oleh Ahli Majlis, Pengarah Kanan dan Ketua Jabatan MBI.

Pemilihan Sambutan Bandar Selamat sebagai tema Ipoh Car Free Day pada bulan ini adalah bertujuan untuk memberi kesedaran dan pendedahan kepada masyarakat tentang pentingnya menjaga keselamatan diri, keluarga dan persekitaran.

Bandar Selamat didefinisikan sebagai bandar yang bebas dari ancaman FIZIKAL, SOSIAL dan MENTAL

Pada tahun 2009, Program Transformasi Kerajaan (Government Transformation Programme–GTP, tujuh (7) National Key Results Areas (NKRA) telah meletakkan Program Bandar Selamat di dalam NKRA untuk mengurangkan jenayah yang diterajui oleh KDN dan PLAN Malaysia yang bertindak sebagai urusetia Program Bandar Selamat Malaysia.

6 langkah perlaksanaan segera Program Bandar Selamat :-

i. Pengasingan laluan pejalan kaki dengan jalan raya;

ii. Penyediaan bollard @ pagar;

iii. Mencuci / mengemas kawasan semak / terlindung;

iv. Pengcahayaan;

v. Cermin keselamatan;

vi. Kamera litar tertutup.

MBI telah melaksanakan Program Bandar Selamat sejak tahun 2009. Antara lokasi projek yang telah siap adalah di Flat Ashby, Greentown, Pusat Bandar, Manjoi dan Buntong.

Sebagai pelengkap kepada Program Bandar Selamat @Ipoh Car Free Day untuk edisi ke 57 ini, agensi yang berkaitan seperti PDRM PLANMalysia, AADK dan JKM telah menyediakan risalah-risalah, tayangan video dan taklimat tentang tugas agensi berkenaan dalam usaha pencegahan jenayah di dalam komuniti dan masyarakat.

Disamping itu, kerjasama yang berterusan dari semua pihak termasuk penduduk setempat amatlah penting dalam mencapai matlamat Program Bandar Selamat ini.

Bertepatan dengan tema Bandar Selamat ini, kemuncak acara Ipoh Car Free Day bulan ini adalah Kayuhan Bandar Selamat. Acara ini telah disertai seramai 300 peserta berbasikal yang mana penyertaan adalah percuma. Sebagai menghargai penyertaan peserta-peserta kayuhan tersebut yang begitu bersemangat, pihak urusetia telah meyediakan 50 hadiah cabutan bertuah untuk dimenangi. Antara hadiah-hadiah menarik untuk dimenangi adalah barangan elaktrik dan peralatan berbasikal.

Semoga komitnen dan kesungguhan MBI dalam penganjuran program ini akan menjadikan Bandaraya Ipoh sebagai bandar yang selamat dan rendah karbon.

319181514 605981181294961 1721812330972540883 N 1
319331612 859847411932432 3015568860035902805 N 1
320216806 643849207469868 5113546939974254323 N 1
320407172 3368012696821628 7546196724790302120 N 1
320414598 2075359776187909 4260685778167891836 N 1
320671565 1704082073318839 5137011528325844670 N 1

mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 17/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7031217