Aktiviti & Berita

1500 WARGA MBI SERTAI 'EXECUTIVE TALK' BERSAMA DATUK BANDAR IPOH

26 Mei 2023 - 1500 warga MBI telah menyertai 'Executive Talk' bersama Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh di Stadium Indera Mulia pagi tadi.

Ia turut dihadiri oleh Ahli Majlis, Tuan Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya, Pengarah Kanan, Ketua Jabatan, pegawai dan anggota MBI.

Dalam ucapan Datuk Bandar, beliau mengharapkan sokongan, kerjasama dan yang paling penting semangat berpasukan dari seluruh warga MBI dalam memaju dan memastikan perkhidmatan perbandaran dapat disampaikan dengan lebih efektif.

Menurut beliau lagi, apa yang lebih penting, adalah kesungguhan warga MBI untuk terus memahami dan mendokong hasrat MBI ke arah hala tuju pembangunan Pelan Perancangan Strategik
MBI 2021-2030 berasaskan kepada tujuh (7) Penanda Aras iaitu:

1. Ipoh Bandar Raya Terbersih Di Malaysia Pada Tahun 2023;

2. Ipoh Bandar Raya Pelancongan Utama Negara Berdasar Konsep 3h (Heritage, Hipster & Health) Pada Tahun 2025;

3. Ipoh Memiliki Infrastruktur Digital Dan Infrastruktur-Infrastruktur Lain, Antara Yg Terbaik Dalam Negara Pada Tahun 2027;

4. Ipoh Bandar Pintar (Smart City) Pada Tahun 2030;

5. Ipoh Bandar Rendah Karbon (Low Carbon City) Pada Tahun 2030;

6. Ipoh Bandar Bestari Sejahtera (Liveable City) Pada Tahun 2030;

7. Ipoh Mencapai Sasaran Bandar Berpendapatan Tinggi (Vibrant City) Pada Tahun 2030.

Warga MBI juga diharap akan membulatkan tekad dan keazaman untuk terus memberi komitmen tinggi dalam 1 pasukan agar setiap perkara yang dirancang dan dilaksanakan yang akhirnya sama-sama dapat menjayakan sekali gus memberi limpahan kebaikan kepada wargakota Ipoh.

Semoga Program 'Executive Talk' ini akan menjadi platform untuk menjayakan semua perancangan yang telah dirancang oleh MBI.

IMG 20230526 WA0040
IMG 20230526 WA0041
IMG 20230526 WA0042
IMG 20230526 WA0043
IMG 20230526 WA0044
IMG 20230526 WA0045
IMG 20230526 WA0046
IMG 20230526 WA0047
IMG 20230526 WA0048
IMG 20230526 WA0049
IMG 20230526 WA0050
IMG 20230526 WA0051
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 17/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7029582