Aktiviti & Berita

1800 WARGA MBI SERTAI 'EXECUTIVE TALK' BERSAMA DATUK BANDAR IPOH

2 Februari 2023- 1800 warga MBI telah menyertai 'Executive Talk' bersama Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh di Stadium Indera Mulia pagi tadi.

Ia turut dihadiri oleh Ahli Majlis, Tuan Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya, Pengarah Kanan, Ketua Jabatan, pegawai dan anggota MBI.

Menurut Datuk Bandar, dalam usaha untuk meneruskan kecemerlangan Majlis Bandaraya Ipoh mentadbir kawasan pentadbiran Bandaraya Ipoh, beliau telah menggariskan 4 fokus penting bagi tahun 2023 untuk kita jayakan bersama iaitu:

W    -    WASTE (SISA)

I      -    INFRASTRUCTURE (INFRASTRUKTUR)

T    -    TOURISM (PELANCONGAN)

E     -    ENVIRONMENT (ALAM SEKITAR)

Keempat-empat fokus yang perlu dijayakan ini adalah berpandukan kepada hala tuju yang telah digariskan dalam Pelan Strategik Ipoh Bestari 2030, Pelan Perak Sejahtera 2030 dan gagasan Membangun Malaysia Madani. Kemampuan MBI untuk menjayakan keempat-empat fokus ini akan membina momentum berterusan untuk MBI mencapai visi dan matlamat Perak Sejahtera 2030 dan gagasan Membangun Malaysia Madani.

Warga MBI diharap akan membulatkan tekad dan keazaman untuk terus memberi komitmen tinggi dalam 1 pasukan agar setiap perkara yang dirancang dan dilaksanakan, akhirnya dapat sama-sama  menjayakan sekali gus
memberi limpahan kebaikan kepada wargakota Ipoh.

Semoga Program 'Executive Talk' ini akan menjadi platform untuk menjayakan semua perancangan yang telah dirancang oleh MBI

WhatsApp Image 2023 02 02 At 113712
WhatsApp Image 2023 02 02 At 1137121
WhatsApp Image 2023 02 02 At 1137122
WhatsApp Image 2023 02 02 At 1137123
WhatsApp Image 2023 02 02 At 113713
WhatsApp Image 2023 02 02 At 1137131
WhatsApp Image 2023 02 02 At 1137132
WhatsApp Image 2023 02 02 At 1137133
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 17/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7030734