28 Mei 2023-Penganjuran Ipoh Car Free Day@Ipoh Low Carbon City kali ke-60 sempena Sambutan Hari Bandaraya Ipoh Kali Ke 35 yang berlangsung pagi tadi telah menarik minat kehadiran seramai 2000 wargakota Ipoh.
Majlis Bandaraya Ipoh akan terus mengekalkan matlamat penganjuran program Ipoh Car Free Day@Ipoh Low Carbon City ini untuk menjadikan Ipoh sebagai sebuah Bandar Rendah Karbon dan melaksanakan Cabaran Bandar Rendah Karbon 2030 (LCC2030C) disamping mencapai objektif berikut:-
i Sebagai langkah kesedaran untuk menjadikan bandaraya Ipoh sebagai Bandar Rendah Karbon dan seterusnya mewujudkan Komuniti Rendah Karbon dikalangan wargakota;
ii . Menggalakkan Amalan Gaya Hidup Sihat, Amalan Gaya Hidup Cergas dan Amalan Go Green dikalangan wargakota;
iii Mempertingkatkan kualiti udara dan persekitaran sesuatu kawasan yang sentiasa sesak dengan kenderaan bermotor untuk dinikmati oleh semua golongan wargakota;
iv Sebagai kesedaran dan pendidikan perkongsian penggunaan jalanraya oleh pelbagai jenis sistem pengangkutan yang selamat untuk semua peringkat umur terutamanya kanak-kanak;
v. Menyediakan ruang yang sesuai untuk berinteraksi bagi mempertingkatkan hubungan diantara wargakota disamping mengisi cuti hujung minggu dengan aktiviti bersama keluarga.
Selain daripada untuk mencapai objektif kearah sebuah Bandar Rendah Karbon, penganjuran program Ipoh Car Free Day@ Ipoh Low Carbon Day ini bertujuan untuk meningkatkan Indeks Kebahagian dikalangan wargakota dengan memupuk kesedaran mengenai alam sekitar, kesihatan, keselamatan, sejarah dan warisan Ipoh.
Antara aktiviti yang telah berlangsung adalah seperti Hey Ladies Fun Walk sejauh 3.5 km. Seramai 200 peserta wanita dan kanak-kanak perempuan telah mengambil bahagian. Antara hadiah acara Hey Ladies Fun Walk adalah merupakan barangan elektrik, hamper dan goodies.
Selain itu, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak dengan kerjasama Kelab Kecergasan turut menganjurkan acara senamrobik Fit @ Community.
Acara kemuncak Ipoh LCD ialah Pelancaran Kempen Tiada Beg Plastik di bawah pengurusan Jabatan Perlesenan Bandaraya.
Kesemua acara ini telah disempurnakan pelancaran oleh Y.Bhg. Dato’ Rumaizi bin
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya., Datuk Bandar Ipoh.