29 Januari 2023-Penganjuran Ipoh Car Free Day kali ke-58 pagi tadi telah menarik kehadiran seramai 3000 orang wargakota Ipoh.
Sambutan Tahun Baru 2023 dan Tahun Baru Cina telah dipilih sebagai tema utama Ipoh Car Free Day kali ini.
Tahun Baru Cina adalah antara perayaan terpenting untuk masyarakat berbangsa Cina dan menjadi perayaan yang turut diraikan bersama oleh semua kaum di Malaysia.
Sambutan Tahun Baru Cina 2023 iaitu Tahun Arnab Air pada 22 Januari lalu telah disambut secara besar-besaran dalam suasana yang meriah.
Simbol Arnab Air adalah simbol umur panjang, keamanan, dan kemakmuran.
Bertepatan dengan dasar kerajaan Malaysia yang telah diumumkan YAB Perdana Menteri baru-baru ini iaitu Malaysia Madani yang membawa maksud, maju dari segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan (berkenaan masyarakat, generasi dan sebagainya) adalah usaha untuk membentuk masyarakat dengan menyemaikan nilai-nilai murni kekeluargaan, kurikulum itu juga terarah kepada pembinaan masyarakat. Istilah "masyarakat madani" selalu diterjemahkan dalam bahasa Inggeris sebagai "civil society."
Antara aktiviti-aktiviti yang telah berlangsung pada program kali ini ialah acara permainan “ECOMANIA @ Ipoh Car Free Day” iaitu acara pertandingan dan permainan yang dianjurkan oleh pelajar Tahun 1 SVM BPP Kolej Vokasional Lebuh Catur yang berkonsepkan “GO GREEN”. Acara yang dipertandingkan adalah “Splash Colour Run” untuk semua peringkat umur, Pertandingan Musang Berjanggut bagi kategori dewasa serta Pertandingan Fun Adventure bagi kategori kanak-kanak yang bertemakan “Sukan Rakyat”.
Selain daripada itu, Jabatan Belia dan Sukan juga turut tidak ketinggalan memberikan komitmen yang baik dengan menyediakan permainan yang disertai oleh semua pengunjung iaitu Penalty Shoot Challenge, peserta diminta menendang bola ke dalam pintu gol dengan hadiah saguhati disediakan untuk pemenang yang berjaya.
Jabatan Perancangan Korporat MBI juga telah membuka booth kajian kepuasan pelanggan melalui qr code.
Kesemua acara ini telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Dato’ Rumaizi Bin
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya., Datuk Bandar Ipoh.
Semoga program ini akan menyemarakkan lagi program Tahun Melawat Ipoh 2023..