4,000 BEKAS BUBUR LAMBUK DIAGIHKAN DALAM PROGRAM BUBUR LAMBUK PANDU LALU ANJURAN HOTEL EXCELSIOR DENGAN KERJASAMA MAJLIS BANDARAYA IPOH (MBI)
21 Mac 2023-Hampir 4,000 bekas bubur lambuk diagihkan dalam Program Bubur Lambuk Pandu Lalu anjuran Hotel Excelsior dengan kerjasama Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).
YB Tuan Loh Sze Yee, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Negeri Perak telah menyempurnakan agihan bubur lambuk itu kepada wargakota Ipoh petang tadi.
Turut serta dalam aktiviti agihan bubur berkenaan, Tuan Zulkifle bin Jaafar Sidek, Pengarah Kanan-Perkhidmatan MBI mewakili Datuk Bandar Ipoh.