Aktiviti & Berita

CABUTAN KERJA-KERJA UNDI MBI SESI 26/01/23


19 April 2023-Majlis Bandaraya Ipoh masih mengambil pendekatan untuk mengurangkan interaksi sosial dengan mengadakan Cabutan Kerja-Kerja Undi Sesi 26/01/23 secara langsung melalui “FB Majlis Bandaraya Ipoh” pagi tadi.

Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh telah menyempurnakan cabutan kerja-kerja undi tersebut. Ia turut dihadiri oleh Puan Hasmonaliza binti Hassan, Ketua Penolong Pegawai Kewangan Negeri Perak secara online manakala Pengarah Kanan dan Ketua Jabatan MBI secara fizikal.

Bagi tahun ini, Majlis mengadakan kerja undi buat kali pertama dengan jumlah keseluruhan perbelanjaan RM2.9 juta.

Cabutan kerja undi kali ini terbuka kepada kontraktor yang berdaftar dengan CIDB G1 bagi kerja awam dalam daerah Kinta sahaja dan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dalam Negeri Perak sahaja yang layak menyertai cabutan kerja undi ini. Peruntukan MARRIS kali ini diperuntukkan sejumlah RM 1.8 juta) dan MBI (RM 1.07 juta).

Nilai perolehan kerja undi ini juga adalah di bawah RM100,000.00 sejajar dengan Pekeliling Perbendaharaan Malaysia (PK 2.2 – Kaedah Pelaksanaan Perolehan/Projek Kerajaan Tahun 2022) yang telah dikeluarkan.

Pada kali ini terdapat 38 kerja, dari 2 Jabatan bernilai RM2.9 juta iaitu:-
i) PJB (Jabatan Kejuruteraan) - Menurap semula jalan dan membina bonggol bernilai RM2.3 juta;
ii) PLB (Jabatan Lanskap) - Penanaman pokok, naiktaraf padang dan membina gelanggang bernilai RM0.6 juta.
Dengan adanya dana ini akan merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi negeri Perak bagi meringankan beban rakyat khususnya kontraktor G1 dan kontraktor KKM.

Sejumlah 188 kontraktor telah berdaftar bagi lesen CIDB manakala 45 kontraktor telah berdaftar bagi lesen KKM serta lulus tapisan dan mematuhi syarat-syarat kelayakan.

Untuk makluman, Majlis telah memaparkan Notis kerja undi ini melalui medium Portal Majlis serta FB . Pendaftaran atas talian telah mula dibuka mulai 10 April 2023 (Isnin) jam 8.30 pagi dan berakhir pada 17 April 2023 (Isnin) jam 12.00 tengahari.

IMG 20230419 WA0031
IMG 20230419 WA0032
IMG 20230419 WA0033
IMG 20230419 WA0034
IMG 20230419 WA0035
IMG 20230419 WA0036
IMG 20230419 WA0037
IMG 20230419 WA0038
IMG 20230419 WA0039
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 17/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7029839