20 Jun 2023-Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh dipilih menjadi salah seorang ahli panel Forum THE G.R.E.A.T CIVIL SERVICE Cabaran dan Aspirasi Baharu Perkhidmatan Awam di Auditorium Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) di Bukit Kiara pagi tadi.
Terdahulu, acara yang bermula seawal pukul 9.30 pagi itu dimulakan dengan ucaptama Y.Bhg. Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara dan pelancaran buku G.R.E.A.T! dan Modul Latihan Konsep GREAT dalam Perkhidmatan Awam.
Program berikutnya diteruskan lagi dengan Forum THE G.R.E.A.T CIVIL SERVICE Cabaran dan Aspirasi Baharu Perkhidmatan Awam.
Forum yang berlangsung selama 3 jam itu melibatkan penyertaan 4 orang panel iaitu Datuk Dr Haniff Bin Zainal Abidin, Setiusaha Sulit Kanan, Ketua Setiusaha Negara Jabatan Perdana Menteri, Dr Mazrina Binti Mohamed Idramsah, Timbalan Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Datuk Dr Mohd Zabri Bin Yusoff, Timbalan Ketua Setiusaha (Pengurusan Dan Pembangunan) Kementerian Pendidikan Tinggi dan Y.Bhg Dato’ Rumaizi Bin Baharin@ Md Daud, Datuk Bandar Ipoh.