1 Mei 2023-Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh menyampaikan sumbangan duit raya MBI Prihatin kepada 90 anak yatim Pertubuhan Baitul Aini, Pusat Jagaan Al-Yassin dan anak anggota MBI di Kafe Lalaland petang tadi.
Selepas itu, anak yatim serta anak anggota MBI bersama keluarga turut diraikan dalam Majlis Jamuan Hari Raya Aidil Fitri.
Ia turut dihadiri oleh Encik Joseph Choy, Pemilik Kafe Lalaland.