Aktiviti & Berita

DATUK BANDAR IPOH TELAH MENYEMPURNAKAN PERASMIAN SEMINAR KAJIAN PELAN INDUK PERANCANGAN DAN PENGURUSAN LALULINTAS DAN INFRASTRUKTUR DI KAWASAN PUSAT BANDAR MAJLIS BANDARAYA IPOH (MBI)

  • Utama
  • Pusat Media
  • Aktiviti & Berita
  • DATUK BANDAR IPOH TELAH MENYEMPURNAKAN PERASMIAN SEMINAR KAJIAN PELAN INDUK PERANCANGAN DAN PENGURUSAN LALULINTAS DAN INFRASTRUKTUR DI KAWASAN PUSAT BANDAR MAJLIS BANDARAYA IPOH (MBI)
20 Mac 2023- Y. Bhg Dato’ Rumaizi Bin Baharin@ Md Daud, Datuk Bandar Ipoh telah menyempurnakan Perasmian Seminar Kajian Pelan Induk Perancangan dan Pengurusan Lalulintas dan Infrastruktur di Kawasan Pusat Bandar Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) pagi tadi.

Hadir sama dalam program berkenaan Tuan Ahmad Munir Bin Ishak, Setiausaha Bandaraya, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri Perak.

Seperti semua sedia maklum, bahawa Bandar raya Ipoh adalah merupakan ibu negeri kepada Negeri Perak yang kian berkembang pesat sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Dimana, Ia berfungsi sebagai pusat pentadbiran, pengurusan, perkhidmatan dan pusat perdagangan utama bagi Negeri Perak.

Pembangunan pesat yang kian bertambah dari masa kesemasa di kawasan Pusat Bandar dan Pusat Petempatan lain seperti di kawasan Bandar Meru Raya, Bandar Baru Klebang, Bandar Sunway, Medan Ipoh, Station 18, Bandar Baru Botani, Ipoh Garden dan Falim telah menyumbang kepada peningkatan isipadu lalulintas secara berterusan telah menyebabkan isu kesesakan lalulintas terutamanya melibatkan kawasan tumpuan orang awam seperti di kawasan pusat komersial, kawasan pelancongan dan kawasan penempatan berdensiti tinggi.

Justera itu, pihak MBI telah melantik Jurutera Perunding Traffik Bakti bagi melaksanakan kajian pelan induk perancangan dan pengurusan lalulintas bagi menilai tahap kelancaran lalu lintas sediada di kawasan Pusat Bandar dan jalan utama masuk ke Bandar Raya Ipoh.

Kajian lalulintas ini perlulah dilaksanakan secara mikroskopik dan makroskopik dengan mengemukakan laporan bertulis dan laporan model simulasi mikroskopik 3 dimensi supaya hasil cadangan penambahbaikan dapat dinilai secara realistik dan berkesan menangani isu kesesakan lalulintas secara bersepadu.

Kajian yang dilaksanakan perlulah meliputi aspek berikut iaitu :
a. Menangani isu kesesakan dengan kaedah penyuraian dan pengasingan lalu lintas yang menekankan kaedah mesra alam bagi tujuan pengurangan pelepasan gas karbon;
b. Laluan pejalan kaki dan laluan basikal yang berkonsepkan laluan hijau bagi kemudahan mobiliti dan kebolehsampaian di kawasan tumpuan di pusat bandar;
c. Mengkaji keperluan tempat letak kereta bagi kemudahan warga kota dan pengunjung di kawasan-kawasan tumpuan utama terutamanya di kawasan pusat Bandar dengan kaedah parking demand analysis dan mengemukakan cadangan yang bersesuaian secara menyeluruh termasuk cadangan-cadangan lain yang munasabah;
d. Kajian pengangkutan awam dengan mencadangkan kaedah penambahbaikan pilihan mod pengangkutan awam melalui pengintegrasian perancangan guna tanah dan pengangkutan dengan mengambil kira keperluan OKU dan mesra pengguna.
MBI amat berharap pihak perunding yang telah dilantik ini akan dapat menghasilkan satu laporan kajian pelan induk pengurusan lalu lintas yang bersepadu dan boleh dijadikan panduan kepada Majlis Bandaraya Ipoh bagi merangka perancangan penambahbaikan pengurusan sistem lalu lintas di Bandaraya Ipoh.

Semoga dengan penglibatan semua pihak dalam program seminar ini diharap dapat menghasilkan satu laporan kajian pelan induk perancangan dan pengurusan lalulintas dan infrastruktur yang komprehensif menerusi pandangan dari semua pihak yang menyertai seminar ini.

336803464 1697579484035147 3401821840946484482 N
336807045 157697847173428 9184882476756858818 N
336868904 1642592706188808 8043015471677251086 N
336888794 918491759195927 5213379728722024103 N
336889457 761133141987299 6544501946668595010 N
336893791 1272703433320435 2301900072208301119 N
337003529 163178133272920 4521775334441211361 N
337124779 903470547567864 8956902864447861982 N
337130363 3024069824563876 3517713604126246625 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 17/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7030118