13 Januari 2023-Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh telah melancarkan MBIFREEWIFI di SK Manjoi 2 pagi tadi.
Ia turut dihadiri oleh Puan Fadhillah bt Abd Aziz, Guru Besar, YDP PIBG, AJK PIBG, Penolong Kanan dan guru-guru SK Manjoi 2.
Sejumlah 6 set wifi telah dipasang di 6 lokasi di sekolah tersebut. Setiap lokasi mampu menampung 250 penggunaannya pada satu-satu masa. Ini bermakna 1500 pengguna boleh menggunakan internet yang mana meliputi seluruh sekolah ini dan penduduk berhampiran.
Semoga kemudahan MBIFREEWIFI ini yang merupakan salah satu komponen quick win smart-city ini akan menjayakan hasrat menjadikan Ipoh Bandaraya Bestari Sejahtera tahun 2030.