15 Januari 2023- Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh telah merasmikan Fiesta Tahun Baru Cina 2023 anjuran Excellent Realty di Waterfront City.
Seramai 50 ribu pengunjung hadir ke Fiesta selama 2 hari tersebut.
Antara aktiviti yang diadakan adalah jualan, persembahan 88 tarian singa dan pertunjukan bunga api.
Semoga fiesta berkenaan akan meraikan Sambutan Tahun Baru Cina 2023 serta merancakkkan sektor pelancongan di Bandaraya Ipoh sempena Tahun Melawat Ipoh 2023.