Aktiviti & Berita

DATUK BANDAR RASMI PENUTUPAN KEM BELIA KREATIF (KBK)

18 Jun 2023-Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh telah merasmikan Penutupan Program Kem Belia Kreatif 2023 petang tadi di PINCER MBI Studio, Meru.

Program yang julung-julung kali diadakan ini melibatkan siswa-siswi dan para pelajar dari pelbagai institusi pengajian tempatan di Ipoh.

Studio yang dijenamakan semula sebagai Pincer MBI Studio ini sudah mula beroperasi kembali pada bulan Mac tahun ini dengan pengurusan yang baru dan lebih dinamik.

Dengan adanya entiti yang memberi tumpuan kepada produksi seni perfileman, diharapkan negeri Perak khususnya Bandaraya Ipoh bakal menjadi sebuah pusat tumpuan yang dapat memberi ilham kepada para penggiat seni merangkumi bidang muzik, teater, sastera dan seumpamanya, untuk menghasilkan karya-karya yang terbaik dan merentas zaman.

Di dalam mana-mana sejarah ketamadunan manusia, perihal berkaitan kesenian dan kebudayaan sudah pasti menjadi salah satu rujukan penting yang sarat dengan kisah-kisah yang signifikan pada satu-satu zaman itu. Hasil karya seni lukis, muzik, filem, dan penulisan misalnya, berfungsi sebagai perakam zaman yang sering memaparkan adegan daripada peristiwa-peristiwa penting, yang kemudiannya menjadi rujukan di masa hadapan.

Oleh sebab itu, adalah sangat kritikal pada masa ini, untuk terus memberi peluang kepada anak-anak muda untuk mengasah bakat serta membina ilmu agar pertumbuhan kreativiti akan berterusan, dengan harapan daya fikir dan daya penciptaan akan terus berkembang dan tidak mati ditelan arus teknologi yang semakin canggih dan pesat.

Sasaran penubuhan PINCER MBI Studio adalah untuk menjadi salah satu hab dunia perfileman negara dan sekali gus berupaya menarik minat pasaran antarabangsa untuk membuat pelaburan di Perak.
Selain itu, perancangan MBI adalah supaya PINCER MBI Studio ini dapat memberi nilai tambah kepada sektor pelancongan bandar menerusi elemen ‘Bandar Kreatif’.

Justeru itu, dengan pelaksanaan program Kem Belia Kreatif 2023 ini, secara tidak langsung dapat membuka mata pelbagai pihak berkepentingan agar sedar tentang kewujudan satu lagi infrastruktur yang disokong oleh Majlis Bandaraya Ipoh.

Dengan adanya rakan strategik PORT di bawah Kerajaan Negeri, diharapkan lebih banyak program ataupun projek yang menarik dan segar dapat dijalankan bersama demi memartabatkan dunia kreatif tempatan.

Semua institusi, kolej, sekolah yang turut bersama menjayakan program Kem Belia Kreatif diharapkan agar para pelajar yang terlibat dapat menjadikan manfaat hasil latihan yang diberikan sebagai panduan dalam karier masing-masing pada masa akan datang.

354654898 636051031880754 4101540952172424168 N
354878135 636050961880761 4720072869841659354 N
355103506 636051051880752 4053541370088981000 N
355165743 636051015214089 7614381904308097175 N
355249197 636051428547381 1498798412955183474 N
355136718 636051355214055 8747934862208500700 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 17/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7029242