Aktiviti & Berita

IPOH HALF MARATHON@IPOH CAR FREE DAY

25 Jun 2023-MBI terus komited menganjurkan IHM@ICFD serta sentiasa membuka ruang kepada penambahbaikan dalam penganjuran program ini.

Matlamat program ICFD akan terus dikekalkan sebagai agenda untuk mentransformasikan Ipoh sebagai sebuah Bandar Rendah Karbon selaras dengan Cabaran Bandar Rendah Karbon 2030 (LCC2030C) yang dianjurkan oleh NRECC.

Disamping itu, ia juga sebagai langkah kesedaran dan inisiatif bagi mengurangkan intensiti pelepasan karbon keseluruhan di Ipoh.

Ini adalah sumbangan MBI dalam membantu mencapai komitmen negara untuk mengurangkan pelepasan gas rumah kaca sebanyak 45 peratus menjelang tahun 2030.

Penganjuran ICFD kali ke-61 ini terus mendapat sambutan yang amat membanggakan. Program ini dimeriahkan lagi dengan acara larian Ipoh Half Marathon (IHM). Acara larian Ini adalah merupakan kesinambungan acara sempena sambutan Hari Bandaraya Ipoh kali Ke 35.

Ipoh Half Marathon@Ipoh Car Free Day 2023 adalah kali pertama dianjurkan di peringkat kebangsaan dan lebih istimewa telah dilaksanakan bersam-sama program Ipoh Car Free Day di Ipoh.


mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 17/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7029021