Aktiviti & Berita

KPKT UMUM PERUNTUKAN RM2.46 JUTA BAGI PROJEK MENAIK TARAF DAN PENYELENGGARAAN INFRASTRUKTUR AWAM DI IPOH, PERAK

11 Jun 2023 – YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM2.46 juta kepada Majlis Bandaraya Ipoh dalam lawatan kerja rasmi beliau ke Ipoh petang tadi.

YB Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan telah mengadakan sesi lawatan ke rumah pangsa First Garden, Jalan Sungai Pari dan Lorong Isaac, Dataran Niaga Taman Cempaka dan Pasar Kampung Simee bagi meninjau kemudahan asas dan keperluan kemudahan awam serta infrastruktur berkaitan.

Jumlah peruntukan yang telah diluluskan oleh Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) ini meliputi projek menaik taraf dan penyelenggaraan seperti berikut:
1. Menaik Taraf Infrastruktur di Pasar Kg. Simee, Ipoh;
2. Menggantikan Gutter serta Kerja Berkaitan di Dataran Niaga Taman Cempaka;
3. Menaik Taraf Jalan termasuk Kerja-Kerja Pelebaran di Persiaran Lapangan Siber 1, Bandar Seri Botani;
4. Menaik Taraf Jalan Termasuk Kerja-Kerja Berkaitan di Jalan Sungai Pari, Buntong;
5. Menaik Taraf Jalan dan Lain-Lain Kerja Berkaitan di Kawasan Rumah Pangsa First Garden, Silibin;
6. Membina Longkang Baru dan Kerja Berkaitan di Lorong Isaac, Buntong.

Menurut YB Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, “KPKT meluaskan ‘sentuhan kasih sayang’ dengan meluluskan peruntukan berjumlah RM2.46 juta kepada Majlis Bandaraya Ipoh.

Penyaluran peruntukan tersebut bertujuan untuk meningkatkan kualiti fasiliti awam sekitar Ipoh sebagai usaha mempergiat dan merancakkan ekonomi demi manfaat penduduk setempat.”
Tambah beliau, “Keseluruhan peruntukan naik taraf kemudahan awam dan infrastruktur ini merupakan “performance-based budget” atau peruntukan berlandaskan pelaksanaan bagi memastikan perkhidmatan dan fokus KPKT terhadap kesejahteraan rakyat dapat terus dipertingkatkan.”

Turut hadir semasa lawatan kerja tersebut ialah YB Jenny Choy Tsi Jen, ADUN Canning merangkap Timbalan Dewan Negeri Perak, YB Encik Howard Lee Chuan How, Ahli Parlimen Ipoh Timur,YB Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson, Ahli Parlimen Ipoh Barat, YB Thulsi a/p Manogaran, ADUN Buntong; YB Cheah Pou Hian, ADUN Jelapang, Y.Bhg. Dato' Mohd Fadzli Bin Mohd Kenali, Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan, Y.Bhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin @ Md Daud, Datuk Bandar Ipoh serta Pengurusan Tertinggi KPKT dan ketua jabatan peringkat negeri dan daerah.

KPKT melalui Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) akan sentiasa bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh Malaysia bagi merealisasikan perancangan pembangunan demi meningkatkan mutu perkhidmatan dan kesejahteraan rakyat.

352695757 631931542292703 8515362032034174178 N
352810077 631931158959408 1599632942713449087 N
352832009 631931048959419 27507811205734373 N
352997295 631931282292729 2456686605435030514 N
353003926 631931118959412 7929231909635192931 N
353004191 631931468959377 7618083686072466563 N
353014265 631930968959427 7070994539202399452 N
353019710 631930982292759 2867926312223065222 N
353022796 631931635626027 1891773477089374991 N
353035174 631931378959386 585025511361773431 N
353038046 631931245626066 4083186187852492062 N
353049270 631931215626069 8244381518238272429 N
353061714 631930998959424 218276810683148919 N
353062654 631931205626070 305290269490001062 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 17/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7029441