16 Januari 2023 - Kunjung hormat Yang Berusaha Encik Roslee bin Abdullah Ketua Pengarah, Jabatan Landskap Negara bersama Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh dan Tuan Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya petang tadi.
Kunjung hormat ini diadakan bagi membincangkan penganjuran Hari Landskap Negara ke-24 pada 3-5 Mac 2023 di Taman DR Seenivasagam.
Ipoh dipilih sebagai tuan rumah untuk penganjuran tahun ini bagi:
1.Memberi penekanan terhadap budaya normal baharu terhadap riadah dan rekreasi di taman-taman awam;
2.mempromosi pembudayaan landskap di dalam kawasan perbandaran;
3.Menyokong perkembangan
industri landskap negara.
Acara yang berlangsung selama tiga hari ini akan melibatkan aktiviti bersama penggiat industri, komuniti serta pelajar IPTA.
Selepas kunjung hormat tersebut, pegawai Jabatan Landskap Negara dan Jabatan Landskap MBI telah membuat tinjauan di kawasan tapak Hari Landskap Negara 2023
#harilandskapnegara
#negarataman terindah
#unityindiversity
#strongertogether