15 Mei 2023-Lebih 100 Ahli Persatuan Pegawai Kanan MBI (PADUAN) hadir di Majlis Gala Aidil Fitri & Mesyuarat Agung PADUAN di Galasa malam tadi.
Ir. Ts. Arif Mohd Zainudin telah dipilih menjadi Presiden PADUAN yang baru menggantikan TPr. Dr. Zulqarnain Mohamad.
Tuan Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya hadir sebagai tetamu kehormat majlis tersebut.
Selain Jamuan Makan Malam dan Mesyuarat Agung, Ahli PADUAN turut dihiburkan dengan persembahan hiburan dari Gema Warisan Budaya serta cabutan bertuah.
Semoga majlis berkenaan akan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama ahli serta memantapkan lagi PADUAN untuk terus menjaga kebajikan ahli PADUAN.