Aktiviti & Berita

LEBIH 3000 WARGAKOTA IPOH HADIR KE PROGRAM PESTA BUDAYA NUSANTARA @ IPOH 2023 & PAMERAN KERETA KLASIK

10 Jun 2023-Lebih 3000 wargakota Ipoh hadir ke Program Pesta Budaya Nusantara @ Ipoh 2023 & Pameran Kereta Klasik sempena Ulangtahun Bandaraya Ipoh ke-35 di Stadium Indera Mulia, Ipoh.
YB Tuan Loh Sze Yee, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Negeri Perak telah merasmikan program berkenaan. 

Ia turut dihadiri oleh Mr. Zhou Youbin Konsul Jeneral Republik Rakyat China di Pulau Pinang, Y.Bhg. Dato’ Haji Rumaizi bin Baharin@Md. Daud, Datuk Bandar Ipoh, Ms. Huang Wen, Timbalan Gabenor, People’s Government of Xingning District of Nanning, Cik Nurmalis bt Musa, Ketua Pegawai Ekekutif Tourism Perak Management Bhd, wakil-Wakil Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Majlis Bandaraya Seremban dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah serta wakil-wakil Yang Dipertua PBT Negeri Perak.

Tujuan Majlis Bandaraya Ipoh menganjurkan program tersebut bertujuan untuk memeriahkan sambutan Tahun Melawat Ipoh 2023 melalui program Kesenian dan Kebudayaan masyarakat yang melibatkan gabungan persembahan dari Bandaraya Nanning, China dan Kota Medan, Indonesia serta Pihak Berkuasa Tempatan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Majlis Bandaraya Seremban dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah.

Terdapat juga penyertaan daripada Gema Warisan Budaya MBI, Kumpulan Gerakan Seni Alam, Ipoh dan Kumpulan Jas Dhol Bhangra, Ipoh.

Jualan makanan daripada Rohaizad Setia Trading Sdn Bhd yang menyajikan jualan makanan dan minuman viral untuk pengunjung telah bermula sejak 8 Jun 2023 hingga 12 Jun 2023 dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 malam.

Antara aktiviti lain adalah Permainan Taman Tema Kanak-kanak Karosel, Rumah Hantu dan Petting Zoo.

Terdapat juga Pameran Kereta Klasik yang melibatkan 20 jenis kereta klasik jenama antarabangsa.

Program ini akan dijadikan acara tahunan bagi memeriahkan Sambutan Ulangtahun Bandaraya Ipoh.

Pada 12 Jun 2023 pula, akan diadakan Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak dari jam 2.00 hingga 5.00 petang di Stadium Indera Mulia, Ipoh.

348948481 631486212337236 7665334966413357514 N
352305809 631486622337195 6813860122526043661 N
352725279 631485552337302 8278023402707522967 N
352740141 631485739003950 6168156229608496832 N
353028948 631486035670587 1921886426394211174 N
353041085 631487605670430 8003201445926096096 N
353043455 631486269003897 3345674887585931042 N
353044343 631487862337071 3320761234937237596 N
353046609 631486685670522 8432794306071177169 N
353048108 631486225670568 5719716448659766188 N
353049400 631485679003956 3202313487606405081 N
353049763 631484585670732 5101470239828396225 N
353051551 631487309003793 3389526572556585364 N
353052925 631485929003931 1242322178614597483 N
353054122 631485705670620 5664854618682703136 N
353069671 631486589003865 5159017978350027122 N
353360238 631485525670638 4848849626663096148 N
353367060 631486352337222 91172648142332806 N
353371584 631485509003973 4562368960965840140 N
353374914 631485782337279 5924120691721920848 N
353380359 631485869003937 6016836820942515106 N
353443295 631486902337167 5490468318370979025 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 17/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7029437