Aktiviti & Berita

MAJLIS AGIHAN ZAKAT PELAJARAN (ASNAF FISABILILLAH) MAJLIS BANDARAYA IPOH DENGAN KERJASAMA TENAGA NASIONAL BERHAD BAGI TAHUN 1444 HIJRAH

  • Utama
  • Pusat Media
  • Aktiviti & Berita
  • MAJLIS AGIHAN ZAKAT PELAJARAN (ASNAF FISABILILLAH) MAJLIS BANDARAYA IPOH DENGAN KERJASAMA TENAGA NASIONAL BERHAD BAGI TAHUN 1444 HIJRAH
16 Jun 2023 - Y.Bhg. Dato' Ir Sharuddin Bin Mohd Simin , Pengurus Besar State Stakeholder Affairs - Perak, Regulatory & Stakeholder Management Division,Tenaga Nasional Berhad mewakili TNB telah menyampaikan zakat kepada Majlis Bandaraya Ipoh yang diwakili oleh Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh. Ia turut dihadiri oleh Y.Bhg. Dato' Mazlan bin Abd. Rahman, Ketua WHIP Ahli Majlis MBI, Ahli Majlis dan Ketua Jabatan MBI.

Jumlah duit zakat kategori Asnaf Fisabilillah yang diterima oleh MBI dari TNB adalah berjumlah RM60,000.00.

MBI bersama TNB telah menjalinkan kerjasama untuk mengadakan Program Wakallah Zakat Fisabilillah iaitu mengadakan pengagihan kepada 60 anggota/kakitangan MBI yang mempunyai anak yang masih bersekolah dan menyambung pelajaran di IPT/IPTS.

Setiap seorang anggota akan menerima sebanyak RM1,000.00 untuk keperluan/perbelanjaan persekolahan/pengajian anak-anak mereka.

Program seumpama ini adalah kali pertama diadakan di antara MBI dan TNB.

Semoga ia akan membantu meringankan beban anggota MBI dalam meneruskan kehidupan mereka khususnya dari aspek pembelajaran dan persekolahan anak mereka.

353824335 634805135338677 1065343368667507034 N
354050812 634805005338690 2083651637043345578 N
354203479 634805272005330 1955923440404349100 N
354223241 634805022005355 6361687218762060537 N
354241481 634805025338688 1140551133148505421 N
354250753 634805215338669 880867707259342023 N
mbir

Layari MBI Portal Radio  dan MBI Radio Facebook untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 02/05/2025.
  • Jumlah Pelawat 5647547