Aktiviti & Berita

MAJLIS BERBUKA PUASA ANJURAN MBI, M ROOF HOTEL, PASARAYA ECONSAVE, NAVIRA MEDITECH & PERAK COMMUNITY SPECIALIST HOSPITAL (PCSH) DENGAN KERJASAMA KELAB SUKAN & KEBAJIKAN MEDIA PERAK

  • Utama
  • Pusat Media
  • Aktiviti & Berita
  • MAJLIS BERBUKA PUASA ANJURAN MBI, M ROOF HOTEL, PASARAYA ECONSAVE, NAVIRA MEDITECH & PERAK COMMUNITY SPECIALIST HOSPITAL (PCSH) DENGAN KERJASAMA KELAB SUKAN & KEBAJIKAN MEDIA PERAK
24 Mac 2023- MBI, M Roof Hotel, Pasaraya Econsave, Navira Meditech & Perak Community Specialist Hospital (PCSH) dengan kerjasama Kelab Sukan & Kebajikan Media Perak telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa 1444H/2023M meraikan Anak Yatim dari Pertubuhan Baitul Aini Anak-Anak Yatim dan Miskin Ipoh, Perak dan Pertubuhan Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim Al Yassin di Hotel M Roof malam tadi.

Program ini secara tidak langsung juga dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dalam usaha untuk mengimarahkan lagi bulan Ramadan pada tahun ini serta membantu meningkatkan syiar Islam di Bandaraya Ipoh amnya dan negeri Perak khususnya.

Ia telah dihadiri oleh Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin, Datuk Bandar Ipoh, AhliMajlis MBI, Y.Bhg. Dato' Lim Si Boon, Pengarah The Perak Chinese Maternity Association, Encik Rajasegaran a/l Selvaduray, Pengarah Urusan Navira Meditech, Encik Rosli Mansor, Presiden Kelab Sukan dan Kebajikan Media Perak, Encik Shah Effendy bin Rosman, Pengurus Wilayah Utara 3, Econsave(Cash & Carry Sdn Bhd), Y.Bhg. Datin Noraini Abdullah, Pengerusi & Pengasas Pertubuhan Baitul Aini Anak-Anak Yatim dan Miskin Ipoh, Perak, Encik Norizan bin Razali, Pengetua, Pertubuhan Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim Al Yassin, Pengarah Kanan dan Ketua Jabatan MBI.

MBI sentiasa mengimarahkan bulan Ramadhan Al Mubarak dengan mengadakan pelbagai program seperti majlis berbuka puasa bagi meraikan anak yatim.

Anak-anak yatim telah dibawa ke Pasaraya Econsave Chemor di sebelah petang untuk memilih pakaian raya atas tajaan Pasaraya Econsave.

Program berbuka puasa pula telah ditaja sepenuhnya oleh M Roof Hotel. Pihak Navira Meditech telah menaja cermin mata dan beg sekolah manakala PCSH pula telah menaja duit raya kepada penghuni kedua-dua rumah anak yatim.

Dalam ucapannya, Datuk Bandar Ipoh merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Pasaraya Econsave, M Roof Hotel, Navira Meditech dan PCSH yang telah bersama MBI dalam menjalankan Tanggungjawab Sosial Korporat khususnya Program MBI Prihatin.

Beliau turut berharap lebih banyak lagi pasaraya seperti Econsave, hotel seperti M Roof, hospital seperti PCSH dan syarikat seperti Navira Meditech dalam menjalankan program yang memberi manfaat kepada wargakota Ipoh yang memerlukan.

Pada masa yang sama, Kelab Sukan & Kebajikan Media Perak juga pada setiap tahun sentiasa bekerjasama dengan MBI untuk membuat liputan bagi menggalakkan lebih banyak lagi pasaraya, hotel, hospital dan syarikat korporat untuk tampil menyumbang serta menaja program-program berfaedah demi kesejahteraan wargakota Ipoh yang kurang berkemampuan seumpama ini.

Semoga Majlis Berbuka Puasa yang dianjurkan pada bulan Ramadhan ini akan mendapat keredhaan Allah SWT.

330289624 255741156785284 370862087645856784 N
337267215 1324119058146865 6302509866510052600 N
337411641 533595722268976 7693040729380936255 N
337421539 227592436440637 8883991705433434016 N
337536304 145017271833359 3336730409991679976 N
337548867 6004892396258134 3511294610685935152 N
337834396 705515191315778 1354262987817974091 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 17/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7030025