Aktiviti & Berita

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) BAGI PIHAK MAJLIS BANDARAYA IPOH DENGAN RAKAN STRATEGIK EKONOMI KITARAN

17 Mac 2023- Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin @ Md Daud, Datuk Bandar Ipoh telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) bagi pihak Majlis Bandaraya Ipoh dengan Rakan Strategik Ekonomi Kitaran petang tadi.

‘Circular Economy’ (C.E) juga dikenali sebagai Ekonomi Kitaran yang bertujuan memberi penekanan dalam mengembalikan sumber ke dalam sistem alam sekitar dan ekonomi melalui penggunaan semula dan inisiatif pencegahan sisa.

Majlis Bandaraya Ipoh telah menetapkan penanda aras iaitu Ipoh Bandar Raya terbersih di Malaysia 2023 dan Bandaraya Rendah Karbon 2030
Matlamat penganjuran program ekonomi kitaran ini adalah untuk:
i. Menjayakan VISI-Ipoh Bandar Wilayah Pintar Berteraskan Ekosistem Mampan Dan Bestari Sejahtera & MISI-Memperkasakan Pengurusan Bandar Secara Inklusif KeArah Bandar Raya Pintar, Rendah Karbon Dan Bestari Sejahtera Menjelang 2030.
ii. Menjayakan objektif dan sasaran Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) kearah transformasi pengurusan sisa pepejal ke arah Ekonomi Kitaran.
iii. Pengurusan sisa pepejal yang mampan, dan secara langsung memanjangkan jangka hayat tapak pelupusan.
iv. Membantu mempergiatkan dan membantu perusahaan kecil berkaitan yang melibatkan perniagaan sisa pepejal.
v. Meminimakan impak Pemanasan Global, Perubahan Iklim, Emerging dan Re-emerging Disease.

Program dan aktiviti seumpama ini diharap dapat menjayakan VISI-Ipoh Bandar Wilayah Pintar Berteraskan Ekosistem Mampan Dan Bestari Sejahtera & MISI-Memperkasakan Pengurusan Bandar Secara Inklusif KeArah Bandar Raya Pintar, Rendah Karbon Dan Bestari Sejahtera Menjelang 2030.

Empat syarikat yang menandatangani memorandum Persefahaman (MOU) antara MBI dan rakan strategik Ekonomi Kitaran tahun 2023 adalah :
i. Syarikat Edsha Solutions Sdn Bhd
ii. Syarikat Thowlee Recycle Sdn Bhd
iii. Tuck Soon Eco Resources (M) Sdn Bhd
iv. Biovisma Sdn Bhd

Berikut adalah statistik kutipan setiap kategori :
Bil Nama Syarikat Kategori Tahun 2021 Tahun 2022
1. Edsha Solutions Sdn Bhd E-Waste 67 Metrik Tan 116.7 Metrik Tan
2. Biovisma Sdn Bhd Dan Tuck Soon Eco Resources Sdn Bhd Minyak Terpakai - 103,517.23 KG
3. Thowlee Recycle Sdn Bhd Tayar Terpakai 2000 Metrik Tan 2000 Metrik Tan

Manakala sasaran lokasi premis kutipan seterusnya mengikut kategori bahan kitar semula yang akan dilaksanakan secara berperingkat dan berterusan adalah :
Bil Kategori Kategori Komuniti/ Peniaga

1. E-Waste Premis kediaman/ 746 Taman Perumahan
Premis perniagaan
Premis kilang
Pejabat kerajaan
Sekolah

2. Minyak Terpakai 21 Lokasi Bazar Ramadhan
50 Pasar Malam
20 Pasar Awam Milik Majlis
2800 Premis Makanan
648 Kilang Makanan
154 Sekolah
746 Taman Perumahan

3. Tayar Terpakai 121 Kedai Tayar
746 Taman Perumahan
1658 Kilang Bukan Makanan

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Syarikat Edsha Solutions Sdn.Bhd., Syarikat Thowlee Recycle, Syarikat Tuck Soon Eco Resources (M) Sdn Bhd. dan Biovisma Sdn. Bhd. kerana memberi kerjasama yang baik dan diharap kerjasama ini berterusan sepenuhnya sepanjang aktiviti ini berlangsung.

Semoga program ini akan menjadi titik tolak untuk mencapai hasrat menjadikan Ipoh Bandaraya Bestari Sejahtera dan Perak Sejahtera. 

336040818 1237914233830617 3775275783077185137 N
336068595 601646214863633 4054089816411552727 N
336165600 155824440692425 747866546771557952 N
336271591 692881355949678 2104223627412669202 N
336298165 239009038597347 5898561255725849751 N
336303383 886011299299586 3744017002860188091 N
336354061 864672054610341 8221768783925208899 N
336361330 191349320282407 3353469987423540056 N
336377897 946467229680147 4359904093207741513 N
336381569 232496325838408 8174518536317286858 N
336533768 601150005391071 8674222462585898506 N
336550814 1389127228547051 4432440873564474370 N
336641791 979658973413911 2860622065538021880 N


mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 17/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7030207