Aktiviti & Berita

MAJLIS MENANDATANGANI MOU MEMBAHARUI SEMULA PENGWUJUDAN BANDARAYA PERSAHABATAN ANTARA BANDARAYA NANNING, CHINA & BANDARAYA IPOH

  • Utama
  • Pusat Media
  • Aktiviti & Berita
  • MAJLIS MENANDATANGANI MOU MEMBAHARUI SEMULA PENGWUJUDAN BANDARAYA PERSAHABATAN ANTARA BANDARAYA NANNING, CHINA & BANDARAYA IPOH
9 Jun 2023 - Majlis Menandatangani MOU Membaharui Semula Pewujudan Bandaraya Persahabatan Antara Bandaraya Nanning, China & Bandaraya Ipoh telah diadakan di Hotel M Roof malam tadi.

YB Puan Sandrea Ng, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan & Kerajaan Tempatan Negeri Perak telah hadir menyaksikan Majlis Menandatangani MOU tersebut. Ia turut disaksikan oleh Mr. Zhou Youbin, Timbalan Gabenor People's Government of Xingning District of Nanning dan Ms. Huang Wen, Konsul Jeneral Republik Rakyat China di Pulau Pinang.

Ms. Huang Haiyan, Timbalan Pengarah, Pejabat Hal Ehwal Luar Negeri Nanning telah menandatangani bagi pihak Bandaraya Nanning manakala Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh pula telah mewakili Bandaraya Ipoh.

Untuk makluman, Y. Bhg. Dato’ Hassan Nawawi bin Abd Rahman, Datuk Bandar Ipoh yang ke-6 bersama Timbalan Datuk Bandar Pn. Xiao Yingzi telah menandatangani surat perjanjian pada 1 April 2005 di PWTC, Kuala Lumpur.

Tujuan mewujudkan hubungan Bandar Raya persabahatan ini adalah berdasarkan kepentingan bersama bagi memperkukuhkan dan memajukan perkongsian serta kerjasama diantara dua Bandar Raya bagi mempromosikan kesefahaman dan persahabatan antara rakyat Malaysia dan rakyat China.

Hubungan persahabatan ini adalah bagi menjalankan kerjasama dalam bidang ekonomi, sains & teknologi, perdagangan, kebudayaan, pendidikan dan sukan.
Pihak Nanning telah banyak membantu memberi sumbangan semasa penularan pandemik COVID-19.

Ini adalah satu usaha ikatan diplomatik yang melibatkan pihak berkuasa yang lebih tinggi iaitu pihak Kerajaan Negeri.

Sebelum ini, Majlis Bandaraya Ipoh telah menerima 2 unit alat bantuan penafasan (Ventilator) daripada Bandaraya Nanning, China pada 15 Januari 2021 dan disumbangkan kepada Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.

Sepanjang lapan belas tahun perhubungan bandaraya persahabatan ini telah menjalankan kerjasama dalam bidang ekonomi, sains dan teknologi, perdagangan, kebudayaan, pendidikan dan sukan.
Semoga hubungan bandaraya persahabatan ini akan terus terjalin demi kesejahteraan Bandaraya Ipoh khususnya dalam meningkatkan sektor ekonomi, sains dan teknologi, perdagangan, kebudayaan, pendidikan dan sukan.

349124189 630831982402659 8027471298880380785 N
352205803 630831915735999 4426286510660349182 N
352233682 630832149069309 8413767746644154429 N
352235616 630832472402610 1249363397591899749 N
352265712 630832892402568 1312103530356113077 N
352304558 630833135735877 6062861395439643839 N
352402742 630832945735896 1532130555846787968 N
352527912 630833242402533 1951614869303874506 N
352557949 630832145735976 5130947042899211283 N
352574313 630832575735933 9170262515928760484 N
352687130 630833162402541 5750669342974739497 N
352734746 630832475735943 2382692209128702731 N
352775993 630833105735880 2015609070961971887 N
352804156 630831919069332 8493789854823615019 N
352810902 630832612402596 1404653155497729026 N
352914711 630831992402658 2387074112546812989 N
352974684 630832982402559 9045279377069709244 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 17/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7029440