Aktiviti & Berita

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH UTAMA CABUTAN BERTUAH CUKAI TAKSIRAN TAHUN 2023

13 April 2023-MBI telah mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah Utama Cabutan Bertuah Cukai Taksiran Tahun 2023 secara langsung melalui 'Facebook' di Dewan Azlan Shah, Tingkat 10, Bangunan MBI pagi tadi.

Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh hadir menyempurnakan Majlis Penyampaian 10 cabutan bertuah hadiah utama Cukai Taksiran MBI Tahun 2023. Sebelum itu, Y.Bhg. Dato' Azizul Kama bin Abd Aziz, Ahli Majlis MBI telah mencabut 8 cabutan bertuah, Clr. Encik Ng Haen Vee, Ahli Majlis MBI mencabut 7 cabutan bertuah manakala Tuan Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya pula mencabut 5 lagi cabutan bertuah.

Ia turut dihadiri oleh Ahli Majlis MBI, Tuan Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya, Pengarah Kanan dan Ketua Jabatan MBI.

Pada tahun ini, pihak Majlis telah menawarkan 230 hadiah-hadiah yang menarik berupa wang tunai berjumlah keseluruhan RM76,000 untuk dimenangi oleh wargakota yang bertuah dengan hadiah utama bernilai RM20,000.00. Ini merupakan tahun ketiga pihak Majlis menawarkan hadiah secara wang tunai.

Sehingga 28 Februari 2023 iaitu tarikh tutup penyertaan cabutan bertuah ini, sebanyak 141,283 bil telah dibuat pembayaran setahun yang mencatatkan jumlah bayaran lebihan sebanyak RM 34.16 juta. Manakala bagi kutipan hasil keseluruhan pula telah mencatatkan jumlah sebanyak RM90.0 juta berbanding RM83.0 juta dalam tempoh yang sama pada tahun 2022.

Pada 5 April 2023 yang lalu, pihak Majlis telah melaksanakan 230 cabutan bertuah secara digital bagi mengetahui wargakota yang berjaya menjadi pemenang dan pada pagi tadi pihak Majlis telah mengadakan cabutan khas sekali lagi sebanyak 30 cabutan bagi menentukan pemilik hadiah-hadiah utama yang ditawarkan.

Pembayaran ini adalah tanda-tanda positif wargakota menyambut baik Bil Setahun Cukai Taksiran yang diperkenalkan serta Cabutan Bertuah yang dilaksanakan oleh Majlis Bandaraya Ipoh.

Semoga program ini akan dapat memberi penghargaan kepada wargakota Ipoh yang telah menjalankan tanggungjawab serta berharap sokongan padu yang berterusan dari wargakota kepada Majlis akan membantu merealisasikan hasrat untuk menjadikan Bandaraya Bestari Sejahtera.

341284843 606879264697991 681483760001335593 N
341083387 605379178158484 2700086846063586524 N
341364213 1226582841298083 694925730831168730 N
341162097 189709573836399 8482492262539992252 N
341167295 532167369120331 3192679743179507946 N
341184120 443212018010480 4671441462213251622 N
341519733 249537950806447 8057447503627623744 N
341149129 200224919386122 1266538326088302677 N
341213987 608203717897189 522649375426796764 N
341214169 1094681624825390 3668023387010515494 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 17/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7029845