Aktiviti & Berita

MAJLIS RAMAH MESRA DATUK BANDAR IPOH BERSAMA MEDIA SERTA PENGUMUMAN PEMBUKAAN HARD ROCK CAFE IPOH

9 Jun 2023-Majlis Ramah Mesra Datuk Bandar Ipoh Bersama Media serta pengumuman Pembukaan Hard Rock Cafe Ipoh telah diadakan petang tadi di Chang Jiang White Coffee di Tasik Cermin petang tadi.

Ia turut dihadiri oleh Mr. Malcolm Chao, Area Vice President for Asia Pacific Hard Rock Cafe International, Mr. Johnny Lau, Tiong Nam Senior General Manager Group Hotel and Hospitality, Tuan Wong Kar keat, Ketua WHIP Ahli Majlis MBI, Y.Bhg. Datuk Ahmad Hariri bin Kamarudin, Ahli Majlis MBI merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kecil Pelancongan Majlis Bandaraya Ipoh, Tuan Ahmad Munir bin Ishak Setiausaha Bandaraya, Encik Rosli Mansor, Presiden Kelab Sukan & Kebajikan Media Perak, Mr. Kong King Loong, Pengarah Urusan & Mrs. Sam Foong, Pengarah Eksekutif Chang Jiang White Coffee Ahli-Ahli Majlis MBI, Ketua-Ketua Jabatan MBI, Pengurus-Pengurus Hard Rock Cafe, Bikers” dari Ipoh Prestigious Owners of Harley (Ipoh MC), Ketua-Ketua Biro dan rakan Media Massa.

Dalam ucapannya, Datuk Bandar mengucapkan terima kasih kepada rakan media massa di Bandaraya ini yang telah banyak mengeluarkan kenyataan-kenyataan seimbang tentang Bandaraya Ipoh dalam akhbar-akhbar, radio dan juga di TV.

Menurut beliau lagi, bukanlah pihak MBI mengharapkan berita pujian, kejayaan dan pencapaian semata-mata tetapi adalah lebih wajar rakan media menulis atau menyiarkan laporan seimbang agar pembaca e gambaran sebenar serta tidak dikelirukan oleh mereka yang mengambil peluang untuk mempolitikkan sesuatu isu.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada rakan media massa di Bandaraya Ipoh ini yang telah memberikan kerjasama yang amat diharapkan kepada MBI selama ini.

Pada masa yang sama, pembukaan Hard Rock Cafe Ipoh diharap akan membantu mempromosikan Bandaraya Ipoh sempena Tahun Melawat Ipoh 2023, Tahun Melawat Perak 2024 dan Tahun Melawat Malaysia 2025.

Semoga pembukaan Hard Rock Cafe juga akan membantu meningkatkan ekonomi Bandaraya Ipoh dan nengeri Perak dari sektor pelancongan.

352665666 630665899085934 3722513608455559969 N
352760625 630666005752590 6066999272480904627 N
352772524 630665745752616 6453156302745151146 N
352785711 630666195752571 3460302855063864431 N
352797348 630665782419279 3219821484182176514 N
352818783 630665769085947 8269422574931148175 N
352824646 630665742419283 6316320292600915900 N
352971163 630666069085917 6160367244550595213 N
mbir

Layari MBI Portal Radio  dan MBI Radio Facebook untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 07/05/2025.
  • Jumlah Pelawat 5659303