11 Mei 2023-Lebih 6000 warga MBI bersama keluarga hadir ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri Peringkat MBI 2023H/1444H di Stadium Indera Mulia petang tadi.
Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Daud, Datuk Bandar Ipoh telah menyampaikan ucapan serta hadiah cabutan bertuah kepada warga MBI yang bertuah.
Ia turut dihadiri oleh Y.Bhg. Ambassador Woo Kyoung-Ha, Secretary General Tourism Promotion Organisation (TPO), Y.Bhg. Clr. Dato' Mazlan bin Abdul Rahman, Y. Bhg. Tuan Wong Kar Keat, Ketua WHIP Ahli Majlis,AhliMajlis-AhliMajlis, Majlis Bandaraya Ipoh, Tuan Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya, Pengarah-Pengarah Kanan, Ketua-Ketua Jabatan, Majlis Bandaraya Ipoh dan Delegasi Jawatankuasa Eksekutif Tourism Promotion Organisation (TPO).
Apa yang lebih menggembirakan pada petang tadi adalah kesudian Y.Bhg. Ambassador Woo Kyoung-Ha, Secretary General Tourism Promotion Organisation (TPO) bersama Delegasi Jawatankuasa Eksekutif Tourism Promotion Organisation (TPO) yang turut hadir bersama-sama bagi meraikan Sambutan Hari Raya Aidil Fitri yabg memggambarkan hubungan erat Jawatankuasa Eksekutif TPO ini akan terus berkekalan demi kesejahteraan TPO.
Program tahunan yang diadakan sempena Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri Peringkat Majlis Bandaraya Ipoh Tahun 2023M/1444H petang tadi, menyediakan pelbagai aktiviti seperti persembahan hiburan, cabutan bertuah dan jamuan raya.
Di samping kesibukan bekerja di pejabat, warga MBI bersama keluarga menikmati suasana santai menyambut Sambutan menjelang Hari Raya Aidil Fitri pada tahun ini bersama sahabat taulan dan keluarga. Ia secara tidak langsung akan akan mengeratkan silaturrahim sesama kita dalam usaha mencapai hasrat menjadikan Ipoh Bandaraya Bestari Sejahtera.
Ia secara langsung menggambarkan keakraban dan kerjasama berpasukan warga MBI sepertimana yang ditunjukkan dalam menjalankan tanggungjawab di MBI.
Tanpa usaha dan komitmen yang jitu hadirin sekalian, Majlis Bandaraya Ipoh tidak dapat mencapai ke tahap cemerlang seperti mana hari ini.
Selama berkhidmat di Majlis Bandaraya Ipoh, warga MBI telah berperanan sebagai sebuah jentera yang menjadi tulang belakang menggerakkan Majlis Bandaraya Ipoh. Peranan yang dimainkan ini sangat mustahak kerana tanpa sokongan hadirin sekalian, Majlis Bandaraya Ipoh tidak dapat berfungsi dengan baik dan berkesan.
Ketibaan Aidilfitri sememangnya dinanti-nantikan oleh segenap lapisan masyarakat di Malaysia, tanpa mengira kaum, agama, latar belakang ekonomi dan status sosial. Kemeriahan Aidilfitri dan juga perayaan-perayaan lain seperti Tahun Baru Cina, Deepavali dan Krismas diraikan bersama-sama dalam menyuburkan semangat perpaduan.
Konsep rumah terbuka seumpama ini yang diadakan sempena sambutan setiap perayaan telah mengeratkan lagi silaturahim dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.
Keistimewaan ini amat kami banggakan dan tradisi amalan rumah terbuka akan diteruskan dalam menyatukan dan menguatkan ikatan kemasyarakatan.
Sambutan Aidilfitri ini turut sinonim dengan suasana yang mana warga MBI bersama-sama ahli keluarga tercinta, saudara-mara, rakan-taulan, jiran tetangga dan masyarakat setempat dapat berkumpul, kunjung mengunjungi, bermaaf-maafan, mengeratkan hubungan serta membuka lembaran baru.
Sambutan Aidilfitri juga adalah satu simbolik kemenangan bersama iaitu kemenangan individu dalam menyempurnakan ibadah puasa di bulan Ramadhan dan kemenangan umat Islam dalam menyatukan ahli keluarga dan ahli masyarakat.
Semoga majlis pada petang tadi akan memberi peluang kepada semua warga MBI bersama keluarga serta serta dif-dif jemputan untuk merapatkan silaturrahim sambil menikmati juadah yang disediakan. Ia secara tidak langsung juga dapat mewujudkan semangat kekeluargaan dan mengukuhkan perpaduan sesama kita. Ia juga memberi kesempatan kepada warga MBI untuk saling bermaaf-maafan dan juga mengukuhkan lagi persahabatan yang sedia terjalin kerana di Aidilfitri inilah kesempatan terbaik sekali untuk saling melupakan semua perselisihan dan persengketaan, seterusnya mengukuhkan kerjasama diantara kita.