Aktiviti & Berita

MBI RAI RAKAN MEDIA DALAM MEDIA FLORA NITE 2023

23 Jun 2023 - Majlis Bandaraya meraikan lebih 80 rakan media dalam Media Flora Nite 2023 di Lost World of Tambun malam tadi.

Ia turut dihadiri oleh Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh, Y.Bhg. Tuan Wong Kar Keat, Ketua WHIP Ahli Majlis MBI, Y Bhg. Datuk Ahmad Hariri bin Kamarudin, Ahli Majlis MBI merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kecil Pelancongan MBI, Tuan Azman bin Harun, Pengarah Kanan-Teknikal MBI dan Encik Rosli Mansor, Presiden Kelab Sukan & Kebajikan Media Perak.

Dalam ucapannnya, Datuk Bandar merasa cukup bertuah untuk bersama dengan `keluarga’ media dalam majlis yang amat bermakna bertemakan “Flora”.

Beliau juga berharap agar hubungan baik yang telah terbina dan terjalin sesama kita ini dapat kekal berpanjangan dalam kita mengisi peranan masing-masing merealisasikan hasrat MBI menjadikan Ipoh Bandaraya Bestari Sejahtera.

Penganjuran Media Flora Nite ini merupakan inisiatif Unit Komunikasi Strategik MBI bagi meraikan dan mengiktiraf kerjasama dan sumbangan pihak media yang selama ini, telah banyak membantu dalam menyebarluas liputan dan publisiti mengenai MBI.

Majlis ini juga adalah sebagai tanda terima kasih kepada rakan media yang selama ini telah memberi sokongan padu dan tanpa jemu terutamanya terhadap program-program dan isu-isu berkaitan pembangunan dan usaha-usaha MBI dalam memacu kemajuan Bandaraya Ipoh dan kesejahteraan wargakota Ipoh.

Tiada siapa boleh menafikan peranan wartawan dan media massa dalam pembangunan dan kemajuan khususnya di Bandaraya Ipoh. Melalui penulisan mereka, dapat mengubah pemikiran masyarakat malah kekuatan yang ada pada ketajaman penulisan mereka boleh menjatuhkan atau membangunkan sesebuah negara. Betullah seperti kata pepatah; Mata Pena Lebih Tajam Dari Mata Pedang.

Dalam konteks MBI, media bertindak sebagai penghubung yang mendekatkan MBI dengan wargakota Ipoh menerusi liputan dan kupasan yang diterbitkan berkaitan isu-isu pembangunan yang relevan dan konsisten sepanjang tahun.

Perkembangan pesat rangkaian telekomunikasi global dan ledakan teknologi maklumat masa kini amat ketara dirasai di abad baru. Fenomena globalisasi telah mendedahkan masyarakat kepada suatu revolusi maklumat yang melangkaui sempadan sehingga mampu mengubah dan mencorak sistem pentadbiran dunia dan budaya masyarakat global.

Ditambah pula dengan industri media cetak, elektronik dan media sosial yang kian berkembang, media massa menjadi pelengkap kepada rangkaian komunikasi hari ini. Malah, internet dan media sosial juga sudah diiktiraf sebagai satu sumber penting dalam pengumpulan dan penyebaran maklumat.

Pada masa yang sama, tidak ada sesiapa yang dapat menafikan kuasa yang ada pada media massa sebagai sebuah institusi sosial yang menjadi penghubung antara kerajaan dan rakyat. Kuasa media massa sesungguhnya amat besar terutama dalam membentuk pemikiran sesebuah masyarakat. Sama ada setuju atau tidak, setiap daripada kehidupan kita dibelenggu oleh kesan bagaimana sesebuah Pihak Berkuasa Tempatan seperti MBI mengendalikan maklumat.

Bagaimana sesebuah Pihak Berkuasa Tempatan mengelola maklumat menjadi faktor penting dalam menentukan kecekapan dan kewibawaan mereka. Dan bagaimana Pihak Berkuasa Tempatan seperti MBI menggunakan elemen komunikasi dalam menyampaikan maklumat kepada media massa, itu juga merupakan cabaran yang kita hadapi pada hari ini.

Dalam berdepan dengan segala cabaran pada hari ini apa yang paling penting dan paling asas adalah untuk terus membina, memelihara dan memupuk jalinan kerjasama yang baik antara kerajaan dengan media massa. Melalui symbiotic relationship di antara PBT dan media massa akan dapat membantu melahirkan pasukan komunikasi di kalangan PBT yang lebih cekap dalam mengendalikan maklumat.

Dengan hubungan baik yang terjalin, PBT dapat memberi penjelasan yang betul dan tepat melalui media massa agar rakyat dapat memahami apa jua masalah yang mungkin timbul.

Media Flora Nite dianjurkan khusus untuk mempererat dan mengukuhkan lagi jalinan kerjasama sedia ada. Lebih istimewa, majlis malam ini juga merupakan apresiasi MBI terhadap sumbangan pihak media berdasarkan kualiti dan impak positif pelaporan berita, editorial, advertorial, rangkuman isu serta gambar-gambar program MBI yang telah berjaya menyentuh hati wargakota Ipoh.

Semoga segala kerjasama pihak media selama ini dalam melaporkan inisiatif-inisiatif MBI akan membantu MBI memaju dan mewujudkan Ipoh Bandaraya Bestari Sejahtera.

355444566 638867638265760 8596495930917510477 N
355887562 638867131599144 4939523516200547621 N
355893554 638867738265750 8042184384397872391 N
355896889 638867101599147 3422694966875297935 N
355915816 638867071599150 6019807143196145255 N
356022424 638866928265831 5612694835610645646 N
356024516 638866814932509 2126226443543638394 N
356028782 638867464932444 5738749592272868177 N
356031581 638867574932433 1893090738671213747 N
356039573 638866804932510 5269679897042983207 N
356074514 638867314932459 3340738521392231113 N
356099491 638867178265806 3534849435402700721 N
356203918 638866794932511 460442341788350381 N
356210207 638866918265832 2845236407509320482 N
356230698 638867514932439 2171608139719162833 N


mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 17/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7029123