14 Januari 2023-YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan telah merasmikan 2 pintu Gerbang Perniagaan Paloh serta pencahayaan di Jalan Theatre, Ipoh malam tadi.
Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh turut hadir dan menyampaikan ucapan di majlis tersebut.
Semoga perasmian pintu gerbang serta pencahayaan berkenaan akan merancakkan sektor pelancongan di Bandaraya Ipoh sempena Tahun Melawat Ipoh 2023.