15 Januari 2023-YB Tuan Loh Sze Yee, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Negeri Perak telah merasmikan Program Tahun Baru Cina anjuran Tourism Perak dengan kerjasama Majlis Bandaraya Ipoh di Lorong Seni@Lorong Panglima Ipoh pagi tadi.
Ia turut dihadiri oleh Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh dan Cik Nurmalis Musa, Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Perak.
Pelbagai acara telah diadakan antaranya persembahan tarian singa dan gendang, nyanyian serta jualan.
Penganjuran program ini diharap dapat mempromosikan Tahun Melawat Ipoh 2023 serta meraikan Sambutan Tahun Baru Cina 2023.