Aktiviti & Berita

PERTANDINGAN MEMANCING SEMPENA SAMBUTAN ULANGTAHUN BANDARAYA IPOH KE-35 MERIAH

17 Jun 2023-Pertandingan Memancing sempena Sambutan Ulangtahun Bandaraya Ipoh ke-35 mendapat sambutan dengan 200 penyertaan pagi tadi.

Pelepasan pertandingan tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Ahmad Munir Ishak, Setiausaha Bandaraya. Ia turut dihadiri oleh Encik Meor Abdullah Zaidi, Pengarah Landskap MBI.

Pertandingan yang berlangsung di Taman Rekreasi Gunung Lang menawarkan hadiah RM15,000.00 keseluruhan kepada pemenang menerusi kategori ikan terberat.

Ia juga adalah platform MBI untuk menggalakkan aktiviti rekreasi dalam kalangan masyarakat khususnya wargakota Ipoh.

Pertandingan tersebut turut menjadi inisiatif MBI untuk mempromosikan Taman Tasik Rekreasi Gunung Lang dan taman-taman awam yang lain.

Pertandingan bermula pada jam 8.00 pagi dan tamat pada jam 12.00 tengahari.

Taman tersebut juga menyediakan pelbagai kemudahan seperti trek ‘jogging’, wakaf dan kepelbagaian spesis pokok dan tumbuh- tumbuhan dengan persekitaran batu kapur semulajadi.

Menerusi program memancing itu Encik Zaini Bin Mohammad selaku johan utama menjuarai pertandingan dengan membawa pulang wang tunai RM5,000 apabila berjaya mengail ikan spesis talapia seberat 0.460 kilogram (kg).

Manakala pemenang di tempat kedua Encik Saiful Ridhzal Bin Mohamed Salim dan memenangi RM2000 hasil tangkapan ikan spesis talapia juga seberat 0.400 kg diikuti pemenang tempat (ketiga) Encik Muhamad Firdaus Bin Abd Manap dengan RM1500 yang berjaya memancing ikan jenis spesis baung seberat 0.395 kg. Tempat keempat pula membawa hadiah wang tunai RM1000 dan pemenang kelima RM500.

Selain itu, hadiah saguhati dari keenam hingga ke-25 masing-masing menerima hadiah berupakan peralatan memancing dan hamper. Bagi meraikan peserta-peserta yang terlibat, pihak MBI juga menyediakan lebih 60 hamper cabutan bertuah kepada semua peserta.

Hadiah telah disampaikan oleh Y.Bhg. Clr. Datuk Ahmad Hariri bin Kamarudin, Ahli Majlis MBI merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kecil Pelancongan MBI.

mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 17/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7029374