PERTANDINGAN MEWARNA MBI SEMPENA ULANGTAHUN BANDARAYA IPOH 2023
20 Mei 2023 - Y.Bhg. Datin Siti Faeza binti Mohd Noor, Isteri Datuk Bandar Ipoh menyampaikan hadiah kepada para pemenang Pertandingan Mewarna MBI sempena Ulangtahun Bandaraya Ipoh 2023 di Stadium Indera Mulia pagi tadi.
Ia turut dihadiri oleh Puan Hajah Saidatul Akma binti Jamaludin, Pengarah Kanan-Kewangan MBI dan Puan Che Wan Intan Maisarah binti Jamaludin, Pengarah Perakaunan MBI.