8 Mac 2023 - Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh menyampaikan sumbangan keperluan sekolah kepada 110 anak anggota MBI dari golongan B40, iaitu 35 orang pelajar sekolah rendah dan 75 orang pelajar sekolah menengah. Program 'Back To School' anjuran MBI bersama Puncak Emas Infra Sdn. Bhd ini dilaksanakan bawah Local Agenda 21 di Dewan Taman Cempaka pagi tadi.