25 Februari 2023-Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh telah menyempurnakan Program "Back To School" bagi sekolah rendah tahun 2023 pagi tadi.
Seramai 50 anak anggota MBI golongan B40 telah terpilih untuk menerima sumbangan barangan keperluan sekolah bernilai RM160 setiap seorang.
Ia turut dihadiri oleh Tuan Haji Khairul Anuar bin Lodin, Pengarah Kanan-Teknikal dan Encik Zulkifle bin Jaafar Sidek, Pengarah Kanan-Perkhidmatan MBI.
Semoga sumbangan ini akan mengurangkan beban anggota MBI yang terpilih sempena awal persekolahan 2023.