12 Februari 2023-Jawatankuasa Kecil Hal Ehwal Agama Islam dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Islam MBI (PERKIP) dan Pusat Pendidikan Al Barakah telah menganjurkan Program Bicara Santai dan Forum Perdana Mudahnya Islam di Pusat Pendidikan Al Barakah, Jalan Pemimpin, Kampung Manjoi malam tadi.
Forum Perdana Mudahnya Islam melibatkan 2 pendakwah jemputan yang terdiri daripada Y.Bhg. Ustaz Dato' Mohammad Kazim bin Elias dan Y.Bhg. Datuk Ahmat Husam Baderudin manakala program bicara santai pula melibatkan 2 selebriti iaitu Zul Handy dan Zack Kool yang membicarakan tentang kisah penghijrahan mereka.
Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh turut hadir menyaksikan Forum Perdana Mudahnya Islam serta menyempurnakan gimik penyerahan Kajian Projek Rintis Gugusan Manjoi.
Semoga program tersebut akan menyemarakkan lagi syiar Islam di Bandaraya Ipoh.