23 Disember 2022 - Encik Mohd Syahrizal bin Azmi¡ Pegawai Perhubungan Awam MBI mewakili Datuk Bandar Ipoh bersama Encik Shah Effendy bin Rosman, Pengurus Econsave Cawangan Chemor menyampaikan sumbangan barangan makanan bernilai RM1500 di bawah program MBI Prihatin kepada Encik Norizan Razali, Pengurus Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim Al-Harraz dan Puan Wiza Rozahrin binti Mohamed Radzi, Pengetua SMK RPS Ipoh mewakili pelajar SMK RPS Ipoh petang tadi.
Semoga sumbangan bantuan ini dapat meringankan beban wargakota Ipoh.