6 April 2023-Lebih 2,000 bekas bubur lambuk diedarkan kepada warga MBI dan wargakota Ipoh sempena Program Bubur Lambuk MBI 2023.
Majlis Penyerahan bubur lambuk berkenaan telah disempurnakan Dato Rumaizi Bin Baharin@Md Daud di perkarangan Bangunan MBI.
Hadir sama pada program berkenaan, Y.Bhg. Dato' Mazlan bin Abd. Rahman dan Clr. Wong Kar Keat, Ketua Whip Ahli Majlis dan Tuan Ahmad Munir bin Ishak, Setiusaha Bandaraya Ipoh.
Program mengacau bubur lambuk yang bermula seawal 7.30 pagi tadi melibatkan penyertaan kakitangan MBI daripada 4 sektor utama iaitu, Sektor Perkhidmatan, Teknikal, Kewangan dan Pentadbiran Operasi MBI.
Program tahunan ini diharap akan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama anggota MBI daripada pelbagai unit dan jabatan.