12 Jun 2023-Y.Bhg.Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh hadir bersama-sama YAB Dato' Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan ke Program MESRA Hari Bertemu Pelanggan di Stadium Indera Mulia petang tadi.
YAB Menteri Besar Perak turut merasmikan Bas Derma Darah HRPB.
MBI turut membuka Kaunter Bertemu Pelanggan bagi memudahkan wargakota berurusan secara terus dengan pengurusan tertinggi Majlis Bandaraya Ipoh.
Selain itu, turut diadakan Program Pesta Budaya Nusantara @ Ipoh 2023 & Pameran Kereta Klasik sempena Ulangtahun Bandaraya Ipoh ke-35 di sekitar Stadium Indera Mulia, Ipoh pada 10 Jun 2023.
Pelbagai jualan makanan dan minuman viral untuk pengunjung turut diadakan sejak 8 Jun 2023 hingga hingga 12 Jun 2023 dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 malam.
Sebanyak 50 peniaga telah mengambil bahagian dalam aktiviti jualan makanan dan minuman.
Selain daripada itu, 30 lot niaga juga telah disediakan untuk Industri Kecil dan Serdehana.
Antara aktiviti lain adalah Permainan Taman Tema Kanak-kanak Karosel, Rumah Hantu dan Petting Zoo.
Semoga program seumpama ini akan memeriahkan lagi Tahun Melawat Ipoh 2023.