20 Mac 2023 – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah menerima peruntukan geran daripada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) sebanyak RM540,172.00 untuk melaksanakan projek menaiktaraf Bangunan Kastam dan Pondok Kawalan Kastam di Free Industrial Zone (FIZ) Jelapang, Ipoh.
Projek menaiktaraf tersebut telah dilaksanakan oleh MBI bagi tujuan menyediakan kemudahan infrastruktur kepada pihak Kastam selaku agensi pengawal aktiviti pengoperasian industri di kawasan FIZ, Jelapang. Antara skop kerja yang terlibat di dalam projek ini adalah kerja-kerja awalan, kerja-kerja menaiktaraf bangunan Kastam serta pondok kawalan Kastam dan kerja-kerja membekal dan memasang pendawaian dan alat kelengkapan elektrik.
Tempoh perlaksanaan projek menaiktaraf ini mengambil masa hampir tiga (3) bulan bermula 12 Julai 2022 dan siap sepenuhnya pada 14 November 2022 dengan kos kontrak sebanyak RM508,200.00 iaitu di bawah siling peruntukan yang disalurkan kepada MBI yang berjumlah RM540,172.00.
MBI sebagai pelaksana berharap kerja-kerja menaiktaraf bangunan Kastam dan pondok kawalan Kastam ini akan memberi kemudahan dan keselesaan kepada pihak Kastam dan wargakota yang berurusan dengan pihak Kastam.
Majlis Perasmian Dan Penyerahan Projek Naiktaraf Bangunan Dan Pondok Kawalan Kastam itu telah disempurnakan oleh YB Loh Sze Yee, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Negeri Perak.
Hadir sama dalam program berkenaan, Y. Bhg Dato’ Rumaizi Bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh.