24 Jun 2023 - Program deklamasi sajak & puisi anjuran Majlis Bandaraya Ipoh telah diadakan di Lorong Seni@Lorong Panglima, Ipoh.
Seramai 19 peserta dari SK Panglima Gantang, SJKT Menglembu & SK Pasir Puteh telah menyertai kategori sekolah rendah.
Manakala, 5 peserta telah mengambil bahagian dalam kategori dewasa.
Johan kategori sekolah rendah telah dimenangi oleh Mohd Durrani Haziq bin Hanafi dengan membawa pulang RM150, naib johan oleh Dhivyan a/l Parameswaran RM100 dan tempat ketiga oleh Deeviya a/p Saravanakumar RM80.
Kategori dewasa telah dimenangi oleh Nurul Farhana binti Faizul Baharin dengan membawa pulang RM200, naib johan oleh Nurliyana Izati binti Idrus RM150 dan tempat ketiga oleh Farhan Alwee bin Noor Azhar RM100.
Juri adalah terdiri daripada guru Sekolah Rendah Convent iaitu Puan Najah bt Omar dan Cik Irma bt Zaharuddin.