11 Mei 2023-YB Tuan Goh See Hua, ADUN Pasir Pinji mewakili YB Tuan Loh Sze Yee, Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Negeri Perak merasmikan TPO Joint Promotion Presentation di Hotel Weil petang tadi.
Ia turut dihadiri oleh Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh dan Y.Bhg. Ambassador Woo Kyoung-Ha, Secretary General Tourism Promotion Organisation (TPO).
Antara 12 pembentangan dalam Joint Promotion Presention ini adalah dari Busan Metropolitan City, Sanya dan Yantai, China, Ho Chi Minh City, Vietnam dan The Haven.
Semoga ia akan membantu meningkatkan industri pelancongan di kalangan negara peserta TPO.