Aktiviti & Berita

PROGRAM WALKABOUT YB MENTERI PEMBANGUNAN KPKT KE PASAR BESAR IPOH & PASIR PINJI, IPOH, PERAK

14 Januari 2023 – YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan mengadakan program walkabout ke Pasar Pasir Pinji, Ipoh yang turut dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Pn. Sandrea Ng Shy Ching, Ketua Setiausaha KPKT, YBhg. Datuk M Noor Azman Bin Taib, Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan, YBhg. Dato’ Haji Noor-Ihsan Bin Haji Che Mat, Datuk Bandar Ipoh, YBhg Dato’ Rumaizi Bin Baharin @ Md. Daud, Ahli Parlimen Ipoh Timur, YB. Howard Lee Chuan How, ADUN Pasir Pinji, YB En.Goh See Hua dan Ketua-ketua Jabatan terlibat.

Sebelum itu, beliau telah mengadakan walkabout di Pasar Besar Ipoh dan mengumumkan peruntukan RM1 juta untuk membaiki dan menaiktaraf Pasar Besar Ipoh.

Tujuan program walkabout ini adalah untuk menyampaikan surat kelulusan projek pembinaan Pasar Sementara Pasir Pinji untuk penempatan para peniaga di Pasar Pasir Pinji sebagai persediaan bagi pembinaan Pasar Pasir Pinji yang baru serta lawatan tapak ke tapak sementara Pasar Pasir Pinji.

Pada dasarnya, pihak Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah memberi kelulusan permohonan peruntukan bagi membina semula pasar-pasar awam kepada Majlis Bandaraya Ipoh dan akan menyalurkan peruntukan secara berperingkat di bawah peruntukan BP1. Majlis Bandaraya Ipoh telah membuat perancangan dan kajian bagi kerja-kerja membina semula bangunan pasar yang telah daif dan uzur mengikut keutamaan. Pasar yang telah siap dinaiktaraf adalah Pasar Tanjung Rambutan pada tahun 2013 serta Pasar Ayam dan Parkir Bertingkat Ipoh pada tahun 2017

Sebagai maklumat tambahan, Pasar Pasir Pinji telah berusia lebih daripada 50 tahun. Rekabentuk dan keadaan pasar telah uzur dan daif. Pembangunan Semula Pasar ini secara amnya, dapat menyumbang kepada peningkatan sosio-ekonomi dan kualiti hidup masyarakat setempat.

Antara objektif pembangunan semula pasar ini adalah untuk meningkatkan kualiti serta taraf kemudahan pasar dan kemudahan awam berkaitan, menyediakan persekitaran yang lebih selesa kepada para peniaga dan pengunjung pasar serta memberi lebih ruang parkir kenderaan bagi kemudahan meletak kenderaan dan mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan pasar.

Pembinaan Pasar Baru ini menyediakan Lot Pasar-Pasar di tingkat bawah iaitu sama paras dengan jalan sedia ada serta tempat letak kereta di basement yang melibatkan anggaran kos projek berjumlah RM14,940,000.00. Cadangan ini akan dikemukakan kepada Kementerian Ekonomi dalam sesi pembentangan bajet Rolling Plan ke 4 Tahun 2024 pada bulan Mac 2023. Bagi Projek membina Pasar Sementara Pasir Pinji diluluskan di bawah peruntukan BP. 1 Tahun 2023 dengan peruntukan sebanyak RM1 Juta.

Diharap pelaksanaan projek ini akan memberi kemudahan dan keselesaan kepada para peniaga dan pengunjung pasar.



322378391 702571504909161 8463830499298098428 N
322476882 914467699587606 7646690001749215528 N
322479930 583297700284382 8298942408462533842 N
323053677 1232829807661583 3164780572702632510 N
323268599 833611551076155 9207848305940376993 N
323301004 898261234630379 3043286141640310766 N
323630084 701533611390751 1468212676898668811 N
324340325 1275858289637327 134668136415495217 N
325375107 8829623430413459 2621254095278274705 N
325385063 721524112988487 8511078970244415867 N
325410180 5851208798288207 36237039030463811 N
325456749 1219992228605297 1066319956128264932 N

mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 17/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7031040